Assalamu'alaikum dan selamat berpuasa dihari kedua ramadhan Sedikit perkongsian sesama kita di bulan mulia ini 😀 *Kebergantungan Sesama Manusia* Syurga *lelaki* pada perempuan iaitu ibu. Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.* Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.* Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.* Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.* Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.* Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.* Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.* *Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlu orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.* *Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.* Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.* Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu untuk *berurusan* dengan *orang lain...* Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.* Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia.