Skip to main content

Tazkirah V01 - NIAT-NIAT MASUK KE DALAM RAMADHAN

Bersyukur kpd Allah swt memakbulkan doa kita menjadi tetamu bulan tarbiyah Ramadan, semoga Allah memilih kita peroleh kejayaan membina jiwa dan jasad yg tunduk dan patuh pd suruhan Allah, Pencipta kita.
Sahabat2 semoga peroleh pengampunan dari Allah..
*NIAT-NIAT MASUK KE DALAM RAMADHAN...*
Para ulama soleh telah mengajar kepada kita niat-niat yang dianjurkan untuk dibuat sebelum masuk ke dalam bulan Ramadhan supaya lebih besar rahmat dan ganjaran pahala yang akan diperolehi.
Niat adalah umpama pili air. Semakin besar dan semakin banyak niat yang dibuat maka semakin besar pili rahmat dan pertolongan itu dibuka untuk tercurah kepadanya.
Niat yang dimaksudkan disini adalah selain dari niat puasa pada malam hari kerana itu hukumnya wajib manakala yang sedang kita bincangkan ini niat-niat yang berbentuk azam.
Antara niat /azam yang dianjurkan ialah ;
* Kami berniat sebagaimana niat Nabi Muhammad, salaf soleh dari ahlul bait dan seluruh sahabat Nabi Muhammad SAW..
* Kami berniat melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya. Dengan cara yang diinginkan dan diredhai Allah subhanahu wa ta'ala...
* Kami berniat untuk berusaha mengisi waktu dengan beribadah selama bulan Ramadhan dan menjaga diri dari perbuatan dosa dan kemaksiatan...
* Kami berniat untuk membaca al-qur'an dan memperbanyak zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW...
* Kami berniat untuk menjauhi perbuatan ghibah (mengumpat), namimah (adu domba), berdusta dan segala perbuatan yang menggugurkan pahala puasa...
* Kami berniat untuk memperbanyak sedekah, menyantuni janda, orang faqir dan anak yatim...
*Kami berniat untuk menjalankan adab dan akhlaq islam dan melaksanakan sholat lima waktu dengan berjama'ah di waktu-waktunya...
* Kami berniat sebagaimana niat orang soleh di 10 malam pertama, kedua dan terakhir...
Juga sebagaimana niat mereka ketika malam Lailatul Qadar....
Niat-niat ini adalah terbaik untuk diniatkan untuk setiap hari dan malam pada bulan Ramadhan.
*Barang siapa yang memasang satu niat baik didalam dirinya maka Allah bukakan untuknya 70 pintu menuju kebaikan..

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...