Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Tazkirah v02 - PERKONGSIAN

Assalamu'alaikum dan selamat berpuasa dihari kedua ramadhan Sedikit perkongsian sesama kita di bulan mulia ini  😀 *Kebergantungan Sesama Manusia* Syurga *lelaki* pada perempuan iaitu ibu. Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.* Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.* Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.* Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.* Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.* Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.* Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.* *Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlu orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.* *Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.* Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.* Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu untuk *berurusan* dengan *orang lain...* Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.* Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia....

Tazkirah V01 - NIAT-NIAT MASUK KE DALAM RAMADHAN

Bersyukur kpd Allah swt memakbulkan doa kita menjadi tetamu bulan tarbiyah Ramadan, semoga Allah memilih kita peroleh kejayaan membina jiwa dan jasad yg tunduk dan patuh pd suruhan Allah, Pencipta kita. Sahabat2 semoga peroleh pengampunan dari Allah.. *NIAT-NIAT MASUK KE DALAM RAMADHAN...* Para ulama soleh telah mengajar kepada kita niat-niat yang dianjurkan untuk dibuat sebelum masuk ke dalam bulan Ramadhan supaya lebih besar rahmat dan ganjaran pahala yang akan diperolehi. Niat adalah umpama pili air. Semakin besar dan semakin banyak niat yang dibuat maka semakin besar pili rahmat dan pertolongan itu dibuka untuk tercurah kepadanya. Niat yang dimaksudkan disini adalah selain dari niat puasa pada malam hari kerana itu hukumnya wajib manakala yang sedang kita bincangkan ini niat-niat yang berbentuk azam. Antara niat /azam yang dianjurkan ialah ; * Kami berniat sebagaimana niat Nabi Muhammad, salaf soleh dari ahlul bait dan seluruh sahabat Nabi Muhammad SAW.. * Kami ber...