Skip to main content

CSR : Majlis Bersama Anak Yatim di Kompleks Asrama Anak Yatim Darussalam

Semuanya bermula dengan suatu cetusan idea yang ringkas dari Saudara Faisal Abdullah @Sedol. Beliau melontarkan idea agar program ziarah hari raya 2015 diselitkan dengan suatu program bersama anak yatim, memandangkan belum ada program kemasyarakatan yang dianjurkan bagi tahun ini oleh Alumni SIS 97-01.

Buah fikiran yang baik ini dibentangkan kepada umum dan telah mendapat maklum balas yang sangat baik. Hasilnya, suatu kesepakatan bahawa dalam program ziarah hari raya kelak, rombongan akan berhenti singgah di rumah anak yatim, makan bersama mereka dan menyampaikan duit raya bersempena bulan yang mulia.

Tanggal 25 Julai 2015, selepas berhari raya di rumah saudara Syamsul Istar, sebahagian dari kami singgah di KFC untuk mengambil juadah yang bakal dihidangkan kepada anak-anak yatim dan terus ke rumah anak yatim yang terletak di Kompleks Asrama Anak Yatim Darussalam di Kampung Melayu,Ipoh.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari aluan dari Pengerusi, ucapan dari Tuan Rumah dan ucapan dari wakil Alumni SIS 97-01. Kemuncak majlis adalah acara makan yang dilangsungkan dengan gilang gemilangNya.

Selepas selesai dan beramah mesra, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim. Selepas sumbangan disampaikan, wang kutipan masih berbaki dan baki tersebut telah dipindahkan ke akaun rumah anak yatim tersebut.

Objektif program ini tidak lain dan tidak bukan adalah bagi meraikan anak-anak yatim, turut mengingati insan lain yang kurang bernasib baik serta memenuhi tuntutan syarak yang memerintahkan agar anak-anak yatim dimuliakan. Semoga apa yang dikerjakan sedikit sebanyak dapat menggembirakan anak-anak yatim dan semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran kepada penyumbang dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, (Surah Al-Insan: 7-8)




































Comments

  1. Alhamdulillah.. Semoga mendapat keberkatan dari Allah.. Tahniah kepada yang telah bertungkus-lumus bagi melancarkan Majlis Bersama Anak Yatim di Kompleks Asrama Anak Yatim Darussalam secara langsung atau tidak langsung.. Terima kasih juga kepada tuan-tuan rumah yang sudi menjemput kami beraya dan memberi layanan terbaik.. #kipidap #kuatmengarahnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...