Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Ciri-ciri orang beriman

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Sedar tak sedar sudah 30tahun kita umur kita. Status Islam juga sama. Islam  yg dianut melalui warisan. Jika ditolak dengan 10tahun ( umur purata akhil baligh dan kefardhuan solat) maka sudah 20tahun kita memegang status muslim. Kiranya seorang doktor,peguam,peniaga yg sudah mempunyai pengalaman selama 20 tahun, pastinya beliau sudah bergelar pakar dalam bidang tersebut. Tetapi pakar kah kita sebagai seorang muslim?  Masih ditakuk lama atau sudah naik taraf? Naik taraf dgn erti kata lain daripada muslim kepada mukmin. Oleh itu mari kita ketahui apakah ciri2 orang mukmin. Dalam surah Al Mu'minun ayat 1-11 telah di ceritakan sebahagian ciri2 orang mukmin. Ramai yg sudah maklum ayat ini. Namun begitu sy sertakan juga beserta terjemahan. Mudah mudahan kalian beroleh manfaat 1. Sesungguhnya berjayalah orang2 yg beriman 2. Iaitu mereka yg khusyuk dlm sembahyangnya 3. Dan mereka yg menjauhkan diri dari perb...

Beberapa kesilapan ketika menyambut Eidul Fitri

Ramadhan kini tiba di penghujungnya. Sudah pasti kita akan merindui kedatangannya yang hanya akan muncul sebulan dalam masa setahun. Kini kita terpaksa menunggu 11 bulan sebelum ketibaan kembali Ramadhan, bulan yang penuh barakah, yang salah satu malamnya tersembunyi lailatul qadr. Berakhirnya Ramadhan akan berganti dengan Syawal, yang akan disambut dengan penuh kemeriahan sebagai tanda kemenangan. Kemeriahan yang disambut setiap lapisan umur secara tidak langsung dapat mengurangkan kesedihan yang melanda. Dalam pada masa yang sama, Allah juga menyuruh kita sebagai umat Islam agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan 'Takbir' pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan para syaitan. Walaubagaimana pun, sebagai seorang manusia, kita tidak lari daripada melakukan kesilapan. Dalam kemeriahan yang terasa, terdapat beberapa kesilapan yang kita lakukan sama ada secara sedar atau pun tidak, ketika menyambut Eidul Fitri .

Bermaaf-maafan lebih hampir kepada takwa

Berapa ramaikah yang faham, sedar dan tahu apa maksud kemaafan dalam erti sebenarnya? Dendam, sakit hati, terhiris hati semuanya kerana perkara yang lepas. Jika dendam, sakit hati, terhiris hati adalah untuk perkara-perkara yang sudah lepas, maka lawannya 'kemaafan' adalah juga untuk perkara-perkara yang lepas. Tiada apa yang perlu dimaafkan untuk masa depan yang belum kunjung tiba atau berlaku. Jadi, perbuatan maaf sebenarnya ialah untuk perkara-perkara yang lepas. Maka boleh disimpulkan bahawa kemaafan sebenarnya ialah "satu pelepasan segala harapan di hati" yang mengharapkan "waktu-waktu atau peristiwa-peristiwa silam/lampau/terlepas boleh terjadi dengan lebih baik."   “...dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah : ayat 237) ...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Of Ramadhan: Something To Ponder Upon

Assalamualaikum my dear brothers and sisters. It’s the 5th day of Ramadhan… The month of patience. It is a month that call for sacrifice of desire, sacrifice of time, and at the same time calling for much bodily exertion and striving. Ask yourselves, do you see Ramadhan only as a time of restrictions and preventions; a time of prohibitions from desire and lust? If so, then you do not comprehend the benefits of Ramadhan. You will find yourself to be lazy!! U will find yourself to be tired!! Because you only see that fasting is nothing more than an obstacle in front of desire. Brothers, Now ask yourselves, do you take the months of Ramadhan as the month of food and drink?! Does most of your time consumed going and coming from bazaar groceries store buying food for breaking of fast? Remember, consuming lots of food will cause fatigue and laziness. Dear brothers, I pray to Allah s.w.t for each and every one of us in this bond of ukhuwwah to be the...

Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud: “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya...

Ukhwah dan cara mengeratkannya

Sesungguhnya hubungan sesama kita adalah asas perpaduan SiS. Dahulunya mungkin kita berpuak-puak dan alhamdulillah sekarang ukhwah semakin utuh. Sebagai orang beriman pada Allah dan RasulNya, sebaik mungkin kita mesti mempertahankan keutuhan ukhwah ini agar tidak terkesan oleh anasir-anasir buas seperti hasutan politik dan kebanggaan darjat. Dicadangkan antara cara mengeratkan ikatan ukhwah sesama kita antaranya: Memberi salam bila berjumpa : Dari Abdullah bin Masud, seorang lelaki telah datang kepada Rasullah s.a.w, Di antara ajaran Islam manakah yang paling baik?, Rasullah s.a.w menjawab, ”Memberi makan dan mengucap salam kepada orang yang kamu kenal dan tidak kenal.” (Muttafaqun Allaih) Tolong-menolong : Dari Abu Musa Al-Asari, Rasulullah s.a.w bersabda, Orang beriman itu ibarat bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya. Tidak lama dalam perselisihan faham: Dari Abu Ayub Al-Ansari, Rasulullah s.a.w bersabda, Tidak boleh seorang muslim itu memutuskan hubungan de...

Rebutlah habuan kamu di dunia ini

"Mat, tak payah le rajin sangat koje tu. Buat ape nak kejo pangkat tu? Dunia je semata." "Bukan ke Allah ada berfirman, lebih kurang gini, : Persiapkanlah dirimu sebagai bekalan untuk akhirat tetapi janganlah kamu lupa habuan untukmu di dunia ini" __________________________________________________________________________________ Untuk menjadi insan yang berkualiti, setiap kerja yang dilakukan mestilah dibuat dengan sebaik-baiknya. Pekerjaan merupakan satu taklif yang juga akan dipersoalkan. Kebiasaannya sesuatu hasil kerja seseorang itu diukur dengan keberhasilannya atau kejayaannya.