Skip to main content

Bermaaf-maafan lebih hampir kepada takwa


Berapa ramaikah yang faham, sedar dan tahu apa maksud kemaafan dalam erti sebenarnya? Dendam, sakit hati, terhiris hati semuanya kerana perkara yang lepas. Jika dendam, sakit hati, terhiris hati adalah untuk perkara-perkara yang sudah lepas, maka lawannya 'kemaafan' adalah juga untuk perkara-perkara yang lepas.
Tiada apa yang perlu dimaafkan untuk masa depan yang belum kunjung tiba atau berlaku. Jadi, perbuatan maaf sebenarnya ialah untuk perkara-perkara yang lepas.
Maka boleh disimpulkan bahawa kemaafan sebenarnya ialah "satu pelepasan segala harapan di hati" yang mengharapkan "waktu-waktu atau peristiwa-peristiwa silam/lampau/terlepas boleh terjadi dengan lebih baik."
 “...dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Baqarah : ayat 237)
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang terbentang seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kema-rahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah al-Imran : ayat 133-134)
Ingatlah antara tanda-tanda seseorang itu orang yang bertaqwa ialah kemampuan dan keterbukaan hatinya untuk memaafkan kesalahan seseorang.
Ingatlah juga, kita wajib memberi maaf jika telah diminta dan adalah lebih baik lagi, sekiranya kita dapat memaafkan dalam keadaan tidak diminta.
Sebaliknya, orang-orang selalu berkata "tiada maaf bagimu" mahupun tidak mengerti nilai kemaafan sebenarnya sibuk melayan bisikan syaitan.
Fahami ayat ini sekali lagi bagi yang masih tidak memahami apa yang dimaksudkan kemaafan:
Kemaafan sebenarnya ialah "satu pelepasan segala harapan di hati" yang mengharapkan "waktu-waktu atau peristiwa-peristiwa silam/lampau/terlepas boleh terjadi dengan lebih baik."
Perkara yang lepas, sudah lepas, lepaskan sahaja kerana kita tidak mungkin dapat mengubahnya - oleh itu lepaskanlah segala harapan bahawa kita boleh mengubah masa silam, maafkanlah si dia, dan fokus ke hari ini dan langkah seterusnya dalam kehidupan.
Tanyalah diri, sekiranya "masa silam" betul-betul wujud sebagai satu benda, di manakah si "masa silam"?
Sukakah kita kalau Allah ampunkan dosa kita? Maka maafkanlah juga sikap orang kepada kita. Maafkanlah kerana kita lebih layak menikmati ketenangan.

<kopi & pasta>

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...