Skip to main content

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام



Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini.

Sahabat yg drahmati Allah,

Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin...


Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan
(Hadith riwayat Muslim)

Sahabat yang dirahmati Allah,
Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat... Maka, apa yg perlu kita minta???

1) Perbaiki agama - sebab agama adalah tunjang dalam setiap tindakan kita. Kita dimuliakan sebab ISLAM. Nabi berpesan takkan sesat selamanya selagi mana kita berpaut teguh dengan Quran & Sunnah.

2) Perbaiki dunia- kerana dunia tempat kita hidup & abadikan diri kepadaNYA. Walaupun sementara, ujian & pancaroba yg Maha DAHSYAT bisa memusnahkan kita... {Alfitnatu asyaddu minal qatl}

3) Perbaiki akhirat- kerana ini destinasi terakhir kita, tempat kembali menghadap Robbul Jalil, diperhitungkan segala amalan, penentu nasib syurga @ neraka. Pastikan kita menjadikan dunia kita sabagai JAMBATAN ke akhirat.

4) Hidup penambah kebaikan, mati penghalang keburukan- jadikan segala tindak tanduk yang kita buat dalam redha Allah. {inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi robbil 'alamin}..

Sahabat yg drahmati Allah,

Teringat smlm sahabat kita berkongsi cerita lebih kurang katanya:
"Kalau Allah nak ambil nyawa pun biarlah betul lepas taubat & sebelum sempat buat maksiat yang lain" -Ikhwan Menk- (bkn nama sbenar)

Cerita tersebut hampir sama dengan Kisah Saidina Umar al Khattab. Amirul mukminin waktu tua, dia duduk seorang smbil tengok langit, "Ya Allah, usiaku makin banyak, matikanlah aku seblum aku menjadi fitnah kepada orang lain".

Sahabat yg drahmati Allah,

Moh la kita bertaubat.. "Ya Robb, aznabtu zanban faghfirli" Allah jawab "'alima 'abdi anna lahu robban yaghfiru zunub waya'khuz bizzunub..

Maka jangan risau takut Allah tak terima taubat kita. Yg penting ikhlas bertaubat. Allah buka pintu keampunan pada waktu siang untuk mengampun dosa pada waktu malam & Allah buka pintu keampunan pada waktu malam untuk mengampun dosa pada waktu siang...

Selamat beramal...

Doa= Ohsem!

Ibnu Idris

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Tazkirah Ramadhan 2019 v.20 - Senyum Itu Indah

Tazkirah Ringkas 20 Ramadhan 'SENYUM ITU INDAH' Senyum, senyum dan senyum selalu... Senyum yang ikhlas ini mampu membahagiakan insan yang menerima senyuman kita itu. Senyum itu mudah jika hati dan perasaan sedang gembira namun ianya sukar jika kita belum mengerti tentang keperluan senyum ini. Terutama bila kita marah dan sedih kita tak mampu lagi untuk tersenyum. 3 sebab untuk membolehkan kita sentiasa tersenyum walau macam mana pun keadaan hati kita. 1- Mencontohi Peribadi Rasulullah S.A.W Abdullah Bin Al Harith menyebut; “ Belum pernah aku melihat seseorang yang banyak tersenyum selain Rasulullah S.A.W’’ Riwayat Tirmizi. Nabi Muhammad sentiasa tersenyum dan dengan senyuman baginda ini ianya mampu menghilangkan kekerasan dalam diri orang lain, dengan senyuman baginda ini juga ianya mampu menyentuh hati orang lain untuk mencintai dirinya. Kalau Rasulullah boleh tersenyum kepada semua orang, kenapa kita susah untuk menghadiahkan senyuman yang diberikan oleh Allah ini ...