Skip to main content

Rebutlah habuan kamu di dunia ini

"Mat, tak payah le rajin sangat koje tu. Buat ape nak kejo pangkat tu? Dunia je semata."
"Bukan ke Allah ada berfirman, lebih kurang gini, : Persiapkanlah dirimu sebagai bekalan untuk akhirat tetapi janganlah kamu lupa habuan untukmu di dunia ini"
__________________________________________________________________________________
Untuk menjadi insan yang berkualiti, setiap kerja yang dilakukan mestilah dibuat dengan sebaik-baiknya. Pekerjaan merupakan satu taklif yang juga akan dipersoalkan. Kebiasaannya sesuatu hasil kerja seseorang itu diukur dengan keberhasilannya atau kejayaannya.

Sekiranya tugasan itu gagal dilaksanakan atau kurang memberangsangkan, sudah pasti timbul persoalan tentang cara perlaksanaannya. Di dunia ini sudah tentu akan dipersoalkan oleh pihak atasan. Manakala sebagai seorang Muslim, kita wajib percaya bahawa setiap apa yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti di hadapan Allah swt.
Dalam mengejar kehidupan di akhirat, Allah juga membenarkan kita untuk mengejar bahagian masing-masing di dunia ini. Habuan yang dimaksudkan termasuklah harta, pangkat serta kedudukan. Jadi, tidak salah sekiranya seseorang itu ingin mencapai apa yang dihajati dalam pekerjaannya selagi mana tidak lari daripada hukum Islam dan juga tidak memperhambakan diri kepada dunia semata-mata.
Dalam satu kelas, Hassan al-Basri mengajar murid-muridnya bab zuhud sedangkan pada ketika itu beliau memakai ridda (selendang) yang berharga 400 dinar. Melihatkan perkara itu, murid-muridnya tergelak kerana seorang guru mengajar bab zuhud sedang memakai ridda yang mahal harganya. Lalu seorang muridnya telah bertanya kepada Hassan al-Basri makna zuhud. Beliau menjawab, "Zuhud bermakna kita meletakkan dunia di tangan, bukan di dalam hati". Tidak lama kemudian, datanglah seorang peminta sedekah. Lantas Hassan al-Basri memberikan ridda tersebut kepada lelaki itu yang kemudiannya menjual ridda yang diberi kepada orang lain untuk medapatkan wang.
Kisah tersebut boleh meingatkan kita bahawa dalam mengejar akhirat, tidak salah sekiranya kita mencapai apa yang termampu dalam pekerjaan dan juga dalam kehidupan kita. Yang dilarang ialah memperhambakan diri untuk mengejar kekayaan dunia.
Namun, suka juga diingatkan bahawa bukan semua yang kita lakukan akan mencapai hasil yang diimpikan. Apa yang penting, buat sesuatu perkara dengan cara yang terbaik kita mampu lakukan kerana kualiti kerja tidak sepenuhnya diukur dengan hasil kerja tetapi berdasarkan perlaksanaan kerja kita.
Nabi Nuh a.s hanya dapat menarik bilangan yang sedikit walaupun telah berusaha dalam tempoh yang agak lama. Manakala Nabi Sulaiman a.s dapat mengIslamkan ramai manusia dan jin dalam masa yang singkat. Tetapi, usaha Nabi Nuh a.s dikira usaha yang membanggakan seterusnya diangkat sebagai Ulul Azmi kerana kesukaran yang dihadapi baginda.
Wallahua'lam...

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...