Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Menghitung Nikmat - Sejauh mana kita bersyukur.

dari http://budakvillage.blogspot.com/2012/11/my-hometown.html عن ابن عباس - رضي الله عنهما - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: (نعمتان مَغبون فيهما كثيرٌ من الناس؛ الصحة والفراغ)؛ رواه البخاري Dari Ibnu Abbas, r.anhuma katanya, Rasulullah ﷺ pernah bersabda, "Dua nikmat yang kerap disia-siakan oleh kebanyakan manusia, (nikmat) sihat dan (nikmat) masa lapang. (Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari) Perlu wujud kesedaran dalam diri bahawa sihat tubuh badan dan masa lapang itu adalah nikmat. Terkadang kita merungut bahawa ini tidak cukup, itu tidak cukup dan mendambakan sesuatu dengan ucapan, "Bilalah nak dapat rezeki lebih", sedangkan kita punya badan yang sihat dan kita kaya dengan masa lapang. Ada Hamba Allah yang diberi rezeki dalam bentuk kekayaan dunia, namun terlantar di atas katil. Ada juga yang memiliki kemewahand dunia, namun tidak punya masa untuk menikmati kemewahan itu. Renung semula, mungkin jua rezeki yang sedikit di mata kema

Saling Mengasihi Kerana Allah

أن رجلاً كان عند النبي صلى اللّه عليه وسلم، فمر رجلٌ فقال: يا رسول اللّه! إني لأحب هذا، فقال له النبي أعلمه فلحقه فقال : أني  أحبك في الله فقال : أحبك الذي أحببتني فيه Adapun ada seorang lelaki ketika berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba berlalu seorang lelaki seraya berkata "Ya Rasulullah, aku mengasihi orang ini (yakni Baginda SAW)" Maka Nabi SAW bersabda kepadanya dengan mengajar lelaki itu dengan suatu ucapan, dan diikuti oleh lelaki itu "Sesungguhnya aku mengasihi kamu kerana Allah ." Sesudah itu Baginda bersabda lagi "Kamu dicintai oleh DIA (Allah) kerana kamu mencintai aku kerana-Nya." (Hadith Riwayat Abu Daud) عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : أن رجلا زار أخا له في قرية فأرصد الله تعالى على مدرجته ملكا، فلما أتى عليه قال: أين تريد؟ قال: أريد أخا لي في هذه القرية، قال: هل لك عليه من نعمة تربها؟ قال: لا، غير أني أحببته في الله تعالى، قال: فإني رسول الله إليك بأن الله قد أحبك كما أحببته فيه Dari Abu

Janganlah terkejut jika...

Ramai yang terkejut dengan sikap tidak mengenang budi, walhal perkara ini ada disebut di dalam al-Quran: “Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu), begitulah orang yang melampaui batas itu   memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”   (Surah Yunus : ayat 12) Ketika beramal, usahlah mengharapkan orang yang ditolong kita akan mengenang budi atau berterima kasih kepada kita. Semasa beramal, buangkan harapan bahawa orang yang menerima pertolongan tersebut akan mengingati kita dan mengenang budi, mengingati sejarah bahawa kita pernah menolongnya. Jangan sesekali mengharapkan balasan daripada orang yang ditolong, dalam apa jua

Ramai tergigit lidah ketika makan

Ramai yang tergigit lidah ketika makan. Ya, memang sukar untuk melihat 'kesakitan' itu dari sudut yang positif. Begitu juga bagi yang terpotong jari ketika memotong. Apa kata Allah tidak wujudkan kesakitan ini? Mungkin kita tergigit lidah dan terpotong jari sehingga putus tanpa sedar. Kesakitan fizikal ialah 'jam loceng' terbaik Allah buat sistem badan manusia untuk mengelak daripada kecederaan lanjut. Ia seolah-olah memberitahu kita "Anda kena berubah cara anda buat tu." Ok... Sekarang bandingkan ini dengan kesakitan emosi... Mengapa Allah membuat manusia boleh merasa sedih, pilu, dengki dan marah? Mengapa tidak Allah membuat manusia sentiasa berasa gembira sahaja, sedangkan kita disarankan senyum untuk sedekahkan ceria kepada orang lain?   Jika kesakitan fizikal ialah 'jam loceng' untuk kecederaan badan atau kulit, Allah turut membuat 'jam loceng' untuk manusia dalam bentuk kecederaan minda iaitu sedih, pilu, dengki dan ma