Skip to main content

Ramai tergigit lidah ketika makan



Ramai yang tergigit lidah ketika makan. Ya, memang sukar untuk melihat 'kesakitan' itu dari sudut yang positif.

Begitu juga bagi yang terpotong jari ketika memotong.

Apa kata Allah tidak wujudkan kesakitan ini? Mungkin kita tergigit lidah dan terpotong jari sehingga putus tanpa sedar.

Kesakitan fizikal ialah 'jam loceng' terbaik Allah buat sistem badan manusia untuk mengelak daripada kecederaan lanjut. Ia seolah-olah memberitahu kita "Anda kena berubah cara anda buat tu."

Ok... Sekarang bandingkan ini dengan kesakitan emosi... Mengapa Allah membuat manusia boleh merasa sedih, pilu, dengki dan marah? Mengapa tidak Allah membuat manusia sentiasa berasa gembira sahaja, sedangkan kita disarankan senyum untuk sedekahkan ceria kepada orang lain?

 Jika kesakitan fizikal ialah 'jam loceng' untuk kecederaan badan atau kulit, Allah turut membuat 'jam loceng' untuk manusia dalam bentuk kecederaan minda iaitu sedih, pilu, dengki dan marah.

Sekiranya kita mengalami sakit emosi, ingatlah ia sebenarnya memberitahu kita untuk mengubah pemikiran kita.

Selagi kita tidak mengubah pemikiran kita, selagi itulah kita akan mengalami kesakitan emosi.

Ia adalah normal untuk berasa sedih, pilu, dengki dan marah - untuk seketika - kerana kita hanyalah manusia biasa dan hati kita dibuat daripada daging juga. Namun sekiranya ia berpanjangan, maksudnya 'jam loceng minda' kita telah berbunyi. Mungkin mesej yang ingin disampaikan jam loceng ini ialah:

 "Jangan harap nak kawal orang lain..."

"Jangan harap orang lain berfikiran seperti kamu..."

"Jangan bergantung pada orang lain untuk membuatkan kita gembira..."

Jika kita kekalkan fikiran kita, kita akan terus merasakan kesakitan emosi yang sama seperti pisau menghiris jari. Pisau menghiris jari ini sakit, tapi kesakitan fizikal kita pandai nak elak. Namun kesakitan emosi, kebanyakkannya akan terus menghiris kerana tidak sedar 'jam loceng' badan telah berbunyi dalam bentuk perasaan marah, dengki, pilu dan sedih.

Umpama kaki melepuh bermaksud sudah sampai masanya untuk menukar kasut, kesakitan minda ini seperti melepuh di otak, ialah mesej untuk mengubah cara pemikiran.
Senyumlah kerana senyuman itu sedekah.




Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Tazkirah Ramadhan 2019 v.20 - Senyum Itu Indah

Tazkirah Ringkas 20 Ramadhan 'SENYUM ITU INDAH' Senyum, senyum dan senyum selalu... Senyum yang ikhlas ini mampu membahagiakan insan yang menerima senyuman kita itu. Senyum itu mudah jika hati dan perasaan sedang gembira namun ianya sukar jika kita belum mengerti tentang keperluan senyum ini. Terutama bila kita marah dan sedih kita tak mampu lagi untuk tersenyum. 3 sebab untuk membolehkan kita sentiasa tersenyum walau macam mana pun keadaan hati kita. 1- Mencontohi Peribadi Rasulullah S.A.W Abdullah Bin Al Harith menyebut; “ Belum pernah aku melihat seseorang yang banyak tersenyum selain Rasulullah S.A.W’’ Riwayat Tirmizi. Nabi Muhammad sentiasa tersenyum dan dengan senyuman baginda ini ianya mampu menghilangkan kekerasan dalam diri orang lain, dengan senyuman baginda ini juga ianya mampu menyentuh hati orang lain untuk mencintai dirinya. Kalau Rasulullah boleh tersenyum kepada semua orang, kenapa kita susah untuk menghadiahkan senyuman yang diberikan oleh Allah ini ...