Skip to main content

Saling Mengasihi Kerana Allah



أن رجلاً كان عند النبي صلى اللّه عليه وسلم، فمر رجلٌ فقال: يا رسول اللّه! إني لأحب هذا، فقال له النبي أعلمه فلحقه فقال : أني 
أحبك في الله فقال : أحبك الذي أحببتني فيه

Adapun ada seorang lelaki ketika berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba berlalu seorang lelaki seraya berkata "Ya Rasulullah, aku mengasihi orang ini (yakni Baginda SAW)" Maka Nabi SAW bersabda kepadanya dengan mengajar lelaki itu dengan suatu ucapan, dan diikuti oleh lelaki itu "Sesungguhnya aku mengasihi kamu kerana Allah." Sesudah itu Baginda bersabda lagi "Kamu dicintai oleh DIA (Allah) kerana kamu mencintai aku kerana-Nya." (Hadith Riwayat Abu Daud)


عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : أن رجلا زار أخا له في قرية فأرصد الله تعالى على مدرجته ملكا، فلما أتى عليه قال: أين تريد؟ قال: أريد أخا لي في هذه القرية، قال: هل لك عليه من نعمة تربها؟ قال: لا، غير أني أحببته في الله تعالى، قال: فإني رسول الله إليك بأن الله قد أحبك كما أحببته فيه

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda - "Sesungguhnya seorang lelaki menziarahi saudaranya di kampung yang lain. Lalu Allah swt menugaskan satu malaikat untuk menjaganya di dalam perjalanannya. Bila malaikat itu tiba, dia bertanya: Kamu hendak ke mana? Lelaki itu menjawab: Aku hendak berjumpa saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya lagi Adakah engkau menziarahinya untuk memenuhi kehendak dunia yang engkau kehendaki darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak sama sekali, aku menziarahinya tidak lain melainkan hanya kerana aku mengasihinya kerana Allah Taala. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, sesungguhnya Allah mengasihimu seperti mana engkau mengasihinya kerana Allah.” (Hadith Riwayat Muslim)



KEDUDUKAN ORANG YANG SALING MENGASIHI KERANA ALLAH DI HARI KIAMAT

أن من عباد الله عباداً ليسوا بأنبياء يغبطهم الأنبياء والشهداء. (قيل: من هم لعلنا نحبهم؟ قال: ((هم قوم تحابوا بنور الله من غير أرحام ولا أنساب، وجوههم نور، على منابر من نور، لا يخافون إذا خاف الناس، ولا يحزنون إذا حزن الناس))، ثم قرأ: أَلا إِنَّ أَوْلِيَاء ٱللَّهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

Sabda Nabi SAW - "Sesungguhnya terdapat daripada hamba-hamba Allah yang mana mereka itu bukanlah dari golongan pada Nabi, tetapi dicemburui oleh para Nabi dan pada Syuhada' (mereka yang gugur syahid). "Rasulullah ditanya, "Siapakah mereka itu, mudah-mudahan dapat kami mengasihi mereka." Sabda Rasulullah SAW "Mereka itu suatu kaum yang saling mengasihi kerana Allah, bukan kerana disebabkan mereka itu ahli keluarga dan tidaklah mereka itu bersaudara. (Di hari kiamat kelak) wajah-wajah mereka bercahaya, (kedudukan mereka) di atas mimbar cahaya, (di hari tersebut) mereka tidak berasa takut tatkala manusia lain ketakutan dan tidak mereka bersedih dikala bersedih sekalian manusia."Sesudah itu Rasulullah SAW membacakan ayat dari Surah Yunus:62 yang bermaksud;
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." 
(Hadith Riwayat Muslim)


عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله ، ورجل قلبه معلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ، ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله . ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه " متفق علي

Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di hari yang tiada naungan melainkan naungannya. 
1) Pemerintah yang adil, 
2) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, 
3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, 
4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya bertemu dan berpisah kerana-Nya.
5) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, 
6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, 
7) Dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan Allah.” (Muttafaqun Alaih)


Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...