Skip to main content

Menghitung Nikmat - Sejauh mana kita bersyukur.

dari http://budakvillage.blogspot.com/2012/11/my-hometown.html

عن ابن عباس - رضي الله عنهما - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: (نعمتان مَغبون فيهما كثيرٌ من الناس؛ الصحة والفراغ)؛ رواه البخاري

Dari Ibnu Abbas, r.anhuma katanya, Rasulullah ﷺ pernah bersabda, "Dua nikmat yang kerap disia-siakan oleh kebanyakan manusia, (nikmat) sihat dan (nikmat) masa lapang. (Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

Perlu wujud kesedaran dalam diri bahawa sihat tubuh badan dan masa lapang itu adalah nikmat. Terkadang kita merungut bahawa ini tidak cukup, itu tidak cukup dan mendambakan sesuatu dengan ucapan, "Bilalah nak dapat rezeki lebih", sedangkan kita punya badan yang sihat dan kita kaya dengan masa lapang.

Ada Hamba Allah yang diberi rezeki dalam bentuk kekayaan dunia, namun terlantar di atas katil. Ada juga yang memiliki kemewahand dunia, namun tidak punya masa untuk menikmati kemewahan itu.

Renung semula, mungkin jua rezeki yang sedikit di mata kemanusiaan kita itu adalah suatu ujian dan pelajaran yang mengajar kita erti bersyukur, kerna andai yang diberi sedikit pun tidak pandai bersyukur, kelak kalau diberi  rezeki yang "banyak", dikhuatiri terus kufur.


سَلَمَةُ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ مِحْصَنٍ الخَطْمِيِّ ، عَنْ أَبِيهِ - وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ - قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ آمِنًا فِي سِرْبِهِ ، مُعَافًى فِي جَسَدِهِ ، عِنْدَهُ قُوتُ يَوْمِهِ ، فَكَأَنَّمَا حِيزَتْ لَهُ الدُّنْيَا) رواه البخاري في "الأدب المفرد" والترمذي في "السنن" وقال : حسن غريب
Dari Salamah Bin Ubadillah Bin Muhsin Al Hatmi, dari bapanya, seorang Sahabat r.a, berkata, bahawa Rasulullah ﷺ ada bersabda, "Barangsiapa yang memulakan waktu pagi dalam keadaan sejahtera dalam kelompoknya, sihat tubuh badannya, cukup keperluan hariannya, dia seakan-akan dia telah dikurniakan dunia (Hadith riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad dan Tarmizi di dalam Sunannya dan beliau berkata - ia hadith hasan gharib


*Dari tazkirah Jumaat Presiden SIS97-01 tanggal 27 Februari 2015 di Group Whatsapp Izzuddinians 97-01

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...