Skip to main content

Janganlah terkejut jika...




Ramai yang terkejut dengan sikap tidak mengenang budi, walhal perkara ini ada disebut di dalam al-Quran:

“Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu), begitulah orang yang melampaui batas itu  memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” 
(Surah Yunus : ayat 12)

Ketika beramal, usahlah mengharapkan orang yang ditolong kita akan mengenang budi atau berterima kasih kepada kita.

Semasa beramal, buangkan harapan bahawa orang yang menerima pertolongan tersebut akan mengingati kita dan mengenang budi, mengingati sejarah bahawa kita pernah menolongnya.

Jangan sesekali mengharapkan balasan daripada orang yang ditolong, dalam apa jua keadaan - terutamanya dalam keadaan kita memerlukan pertolongan semula.

Ingatlah beramal dan berbuat baik adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Asalkan kita sentiasa beringat bahawa beramal adalah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang tidak mengenang budi, tidak membalas atau membalas dengan nilai jahat tidak akan dapat melukai hati kita.

Dalam al-Quran juga disebutkan bahawa jangan mengharapkan apa-apa balasan daripada orang yang ditolong.

“(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih”.
(Surah al-Insan: ayat 9)

Ingatlah juga, yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima.

Jika anda memahami bahawa semua makhluk adalah ciptaan Allah, maka anda akan faham bahawa Allah yang akan menilai perbuatan kita dalam membantu makhluk ciptaannya dan bukan orang yang kita bantu.

Jangan berasa susah hati sekiranya pertolongan yang diberi dilupakannya.

Apa yang nak disedihkan, sedangkan manusia sendiri ramai yang tidak tahu bersyukur terhadap Allah, jadi apakah layanan balasan manusia yang kita nak harapkan?

Sekadar renungan.

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...