Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2019 v.20 - Senyum Itu Indah

Tazkirah Ringkas 20 Ramadhan
'SENYUM ITU INDAH'

Senyum, senyum dan senyum selalu... Senyum yang ikhlas ini mampu membahagiakan insan yang menerima senyuman kita itu. Senyum itu mudah jika hati dan perasaan sedang gembira namun ianya sukar jika kita belum mengerti tentang keperluan senyum ini. Terutama bila kita marah dan sedih kita tak mampu lagi untuk tersenyum. 3 sebab untuk membolehkan kita sentiasa tersenyum walau macam mana pun keadaan hati kita.

1- Mencontohi Peribadi Rasulullah S.A.W

Abdullah Bin Al Harith menyebut;
“ Belum pernah aku melihat seseorang yang banyak tersenyum selain Rasulullah S.A.W’’ Riwayat Tirmizi.
Nabi Muhammad sentiasa tersenyum dan dengan senyuman baginda ini ianya mampu menghilangkan kekerasan dalam diri orang lain, dengan senyuman baginda ini juga ianya mampu menyentuh hati orang lain untuk mencintai dirinya.
Kalau Rasulullah boleh tersenyum kepada semua orang, kenapa kita susah untuk menghadiahkan senyuman yang diberikan oleh Allah ini sedangkan senyum itu merupakan satu sedekah.

2- Merapatkan Silaturahim

Dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa, setiap insan memerlukan antara satu sama lain dalam meneruskan kehidupan di bumi Allah ini. Melalui senyuman ini ianya akan menjalinkan hubungan silaturahim. Andainya silaturahim yang dibina ini bermula daripada senyuman kita maka berbahagialah kita dengan ungkapan Rasulullah ini;

“Sesiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim’’Riwayat Bukhari.

3-Memberi Aura Positif

Walaupun senyum ini sekejap namun ianya mempunyai kesan jangka panjang kepada emosi kita sebagai pemberi senyum dan kepada penerima senyum. Dengan senyuman ini kita mampu memperlihatkan aura positif dan secara tidak langsung orang lain juga turut tersenyum. Contoh, Muf Hasan marah dalam hati apabila isterinya menyuruh basuh pinggan dan mencuci karpet. Namun  mudah tersenyum apabila melihat burung - burung diluar rumah bertenggek seperti melambainya. Secara automatik Muf Hassan mampu menyiapkan permintaan isterinya dengan patuh. Senang untuk menyalurkan aura positif dan InsyaAllah perasaan gembira ini akan dikongsi bersama antara satu sama lain.

Penutup
Jadi, marilah kita sama-sama menggunakan sepasang bibir dan memanfaatkan masa yang diberikan oleh Allah untuk menyebarkan kebaikan dan menyambungkan silaturahim yang semakin hari kian menjauh. Tapi ingat dalam kita menghadiahkan senyuman ini, usahlah kita memilih insan mana yang harus kita hadiahkan senyuman. Sebarkan senyuman kepada semua. Semoga bermanfaat untuk kita semua dalam menyebarkan agama Allah ini. Ayuh lakukan perubahan dan sebarkan senyuman dalam kebaikan.

Syafiq Nasir (Apek)

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...