Skip to main content

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad;

عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا

Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda telah keluar mengiringi untuk menghantarnya dan Baginda ada memberi pesanan kepadanya, sedang Muaz di atas tunggangan dan Baginda berjalan di sisinya. Ketika kedua mereka hendak berpisah, Baginda bersabda-

"Wahai Muaz, mungkin engkau tidak akan bertemu lagi denganku sesudah tahun ini dan engkau hanya akan lalu di masjid dan di sisi kuburku." Muaz pun menangis semahu-mahunya mengenangkan dia tidak akan bertemu lagi dengan Baginda SAW. Baginda kemudian berpaling menghadap Madinah, seraya bersabda;
"Sebaik-baik manusia yang akan bersama aku ialah mereka yang bertaqwa, tidak kira dari mana mereka dan di mana mereka berada." (Musnad Imam Ahmad)


Kedudukan istimewa Saidina Muaz juga dapat dilihat pada pengiktirafan yang diberikan oleh Baginda SAW kepada beliau dalam ilmu berkaitan Quran. Baginda SAW bersabda;
استقرئوا القرآن من أربعة: من عبد الله بن مسعود، وسالم مولى أبي حذيفة، وأبي بن كعب، ومعاذ بن جبل (متفق عليه)

Ambillah Quran dari empat orang: dari Abdullah Bin Mas'ud, Salim Maula Abu Huzaifah, Ubai Bin Ka'ab dan Muaz Bin Jabal. (Hadith muttafaqun alaih)

Beliau juga ada menerima pesanan yang sangat peribadi dari Rasulullah. Baginda memegang tangan Muaz, mengungkapkan bahawa Baginda mengasihi Muaz dan berpesan dengan pesanan berikut;


Hadith ini kemudiannya diriwayatkan dengan jalan periwayatan yang unik. Hadith seumpama ini dipanggil Hadith Musalsal di dalam ilmu mustolah hadith. Imam Baiquni mendefinisi hadith musalsal sebagai;


Para muhaddith akan mengucapkan, "Aku mengasihimu" seperti yang diucapkan oleh Baginda SAW kepada Muaz, lalu mengajarkan doa yang diwasiatkan untuk dibaca di penghujung solat. Ada juga muhaddith yang akan memegang tangan muridnya sebagaimana yang dibuat oleh Baginda SAW, mengatakan beliau mengasihinya dan meriwayatkan hadith tersebut.

Jelasnya, jika kita mencintai seseorang, jangan pernah lupa untuk mengajarkan kepada mereka yang kita kasihi pesanan dari Baginda SAW. Ia sebuah pesanan yang agung, dari seorang kekasih buat kekasih.

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...