Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Tazkirah Ramadhan 2018 v.21 - Menjelang 10 terakhir Ramadhan

1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat semua sahabat2 Izzuddinians 97-01 yang amat saya hormati dan saya sayangi. Alhamdulillah harini telah masuk 21 Ramadhan 1439 Hijriah bersamaan 06.06.2018. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan pergi meninggalkan kita untuk tahun ini. Tahun depan belum tentu lagi kita diberikan umur oleh Allah untuk bertemu Ramadhan.  2. Saya amat suka ruangan tazkiran Ramadhan kerana ia dapat memberikan peringatan buat saya khususnya yang selalu lalai dan leka dengan urusan duniawi. InsyaAllah saya nak memberikan tazkirah yang mungkin semua orang sudah tahu atau pernah dengar. Menjelang 10 terakhir Ramadhan pastinya semua orang tahu tentang 3 amalan yang dilakukan Rasulullah. Pertama Rasulullah menguatkan ikatan kain Baginda, kedua menghidupkan 10  malam terakhir Rasulullah dengan qiyam dan beriktikaf di masjid dan ketiga membangunkan ahli keluarganya untuk solat malam. 3. Justeru itu saya menyeru diri saya dan par...

Tazkirah Ramadhan 2018 v.19 - Fasa ke3 Ramadhan

Assalamulaikum warahmatullahi wabarokatuh Rakan2 izzudin sekàlian. Rasulullah membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa. Secara mudahnya 10 hari pertama adalah untuk rahmat, 10 hari kedua untuk keampunan dan 10 hari ketiga adalah jaminan pelepasan dari api neraka. Dari ummul mukminin, Aisyah ra., menceritakan tentang keadaan Nabi SAW. ketika memasuki sepuluh hari terakhir Ramadhan: “Beliau jika memasuki sepuluh hari terkahir Ramadhan, mengencangkan ikat pinggang, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” Istimewanya fasa ke3 ini adalah terdapatnya malam yg lebih baik dari seribu bulan yakni malam laylatul qadr Apa itu Lailatul qadr? Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW yg mana ganjaran beribadah pd malam ini bersamaan dgn 1000bln bersamaan roughly 83 tahun ++bulan. Ayuh gunakan peluang ini utk meningkatkan amal ibadah masing2. Ibadah pd waktu malam ini tidak terhad kpd ibadah khusus sahaja, malah termasu...

Tazkirah Ramadhan 2018 v.18 - Masa dan Sekarang.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 1. وَالْعَصْرِ Demi masa. 2.إِ نَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, 3. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. Saya terpanggil untuk menyampaikan kembali tajuk tazkirah yang pernah saya sampaikan selepas solat asar semasa di SIS dahulu tentang masa.  Masa! Ingatkah kita semua sewaktu kita disekolah dahulu, Masa yang kita gunakan setiap detik dan setiap waktu yang dalam kehidupan dan aktiviti seharian kita hampir tiada satupun kita lupakan. Bangun awal pagi,mandi kolah dan bersiap untuk ke musolla. Kita solat subuh berjemaah bersama-sama,yang masbuk kena PIAP! dan berlari ke dewan makan untuk mengejar masa dan maka...

Tazkirah Ramadhan 2018 v.17 - Kandungan Juzuk 17

Assalamualaikum,  Alhamdulillah kita dah memasuki hari ke 17 Ramadhan 1439h..semakin menuju ke garisan penamat sebuah "marathon Tarbiyah Ramadhan"..semakin dekat garisan penamat,  kelajuan,  konsistensi,  dan daya tahan kita semakin meningkat kerana cita2 ingin dikalungkan medal kemenangan "taqwa".. Dalam Surah Al Qadr menceritakan, Allah turunkan AlQuran pada malam Al Qadar (lailatulqadar) yg dijanjikan Allah "medal kemenangan" yg lebih baik dari 1000 bulan. Makanya,  ada sebahagian ulama memberi pendapat tentang bilakah adanya Lailatulqadar, 17 Ramadhan adalah sebahagian darinya. Sahabatku kerana Allah,  Hari ini saya cuba kongsikan isi kandungan juzuk 17 sebagai panduan kita bersama. 1. Kiamat yang dijanjikan Allah semakin dekat,  namun ramai kalangan kita lalai,  leka dengan dunia,  isteri2,  anak2 dan tuntutan lain yg kita lebihkan berbanding persiapan berjumpa dengan Allah. 2. Jangan kita angkat selain Allah sebagai Tuhan...

Tazkirah Ramadhan 2018 v.16 - Hubungan

Assalamualaikum semua, maaf atas keterlewatan dalam memberi sedikit tazkirah pada hari ini.Hari ni masih lagi panas dan hangat dengan isu² politik negara kita.Saya ingin berkongsi tajuk hubungan.Hubungan dengan Allah,hubungan dengan manusia. Kalau dimaknakan secara bahasa, hablum minallah itu adalah hubungan dengan Allah dan hablum minan-nas adalah hubungan dengan manusia. Akan tetapi dalam pengertian istilah syari’ah maknanya adalah sebagai berikut: 1). Hablum minallah , maknanya ialah perjanjian dari Allah. Iaitu masuk Islam atau beriman dengan Islam sebagai jaminan keselamatan bagi mereka di dunia dan akherat. Atau tunduk kepada pemerintahan Muslimin dengan jaminan dari pemerintah itu sebagaimana yang diatur oleh Syari’ah dalam perkara hak dan kewajiban orang kafir dzimmi (yaitu orang kafir yang menjadi warga negara Islam) untuk mendapatkan jaminan perlindungan hak-haknya sebagai manusia di dalam kehidupan dunia saja, dan mendapat ancaman adzab di akhirat. (Lihat Tafsir At...

Tazkirah Ramadhan 2018 v.15 - BIngkisan Doa Dua Orang Nabi

Assalamualaikum wbt. Tazkirah malam ini datang dalam bentuk bingkisan doa dua orang nabi. Doa yang pertama terselit dalam ayat ke 83, Surah Al-Anbiya'.  Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa (touched) penyakit (dugaan/adversity), sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Nabi Ayub sebenarnya tidak terlalu banyak kisah tentangnya dalam Al-Quran. Lantaran itu ayat-ayat sebegini adalah permata yang berharga yang harus kita perhalusi. Nabi Ayob diuji Allah dengan penyakit yang amat teruk sehingga dia dipinggirkan masyarakat dan cuma isterinya yang setia sahaja yg menjaganya. Dalam doa baginda seperti di atas, ada dua pilihan perkataan yang menarik. Yang pertama, baginda gunakan perkataan "massa" yang membawa tafsiran "sentuh". Baginda tidak menggunakan perkataan seperti "dilanda", "disiksa", ...

Tazkirah Ramadhan 2018 v.14 - Perbuatan dan Ucapan Akan Ditanya

26052018. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه  Ya Allah ampuni dosa2 kami, pasangan kami, kedua ibu bapa kami, anak2 kami, saudara2 kami, sahabat2 kami, guru2 kami, cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan juga di akhirat.. آَ مِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآر بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم....  PERBUATAN & UCAPAN AKAN DI TANYA أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدًى "Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?"  [al-Qiyamah 36] Hendaklah kita berhati-hati dalam ucapan dan perbuatan, kerana semua itu pasti akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah swt di akhirat nanti. Apa2 perbuatan (amal) hendaknya ada contoh tauladan dari kekasih kita dan kekasih Allah iaitu Rasulullah saw.    عن عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد - متفق عليه Sesiapa buat satu amalan (ibadah)yang ...

Tazkirah Ramadhan 2018 v.13 - Tanda-tanda Orang Munafik

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah bersyukur kita dapat meneruskan ibadat puasa untuk hari ke13. Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Apabila dia bercakap, dia bohong Apabila dia berjanji, dia mungkir Apabila dia diberi amanah, dia khianat Tentu semua masih ingat hadis ini masa kita belajar di izzuddin dulu. Adakah hari ini kita masih berpelakuan seperti orang munafik? Sekiranya masih ada, kita masih berpeluang untuk berubah dengan meninggalkan tingkah laku munafik ini. Mari kita muhasabah diri dan sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. Sekian tazkirah yang ringkas dari saya. Salam Ramadhan Hatta Kota Bharu 29 May 2018

Tazkirah Ramadhan 2018 v.12 - Tamu yang Kecewa

Assalamualaikum w.b.t Versi tazkirah kali ini sedikit berbeza.Terimalah sedikit coretan Ramadhan bertajuk "Tamu yang Kecewa" Sahabatku yang tercinta.. Rasanya diriku ingin segera pulang... Sudah 12 hari aku datang bertamu... namun seringkali daku ditinggal sendirian... Walau sering dikatakan tamu agung, dengan sambutan Selawat & marhaban.. namun perilakumu kepadaku  tidak luar biasa... Bahkan ole-ole yang ku bawa dari jauh, nyaris tidak engkau sentuh... Al-Quran hanya dibaca sekilas, Terkalahkan dengan update status, tontonan teater & drama.. Solat Tarawih tidak lebih khusyu, kalah bersaing dengan bayangan penampilan pada hari lebaran... Tidak  banyak engkau minta keampunan dari dosa yang bertompok, sebab sibuk dengan belanja dan ria, padahal aku membawa banyak maghfirah... Malam dan siang berlalu sahaja, dek dunia dan isinya.. Tidak pula banyak infaq dan sedekah, kerana khuatir wang tidak cukup, buat simpanan sehabis lebaran... Sahabat...

Tazkirah Ramadhan 2018 v.10 - Berbuat Baik Walaupun Kecil

Assalamualaikum w.b.t Sahabat2, yg pertama mari kita bersyukur kerana masih bernyawa pada 10 ramadhan hari ini. Hari terakhir dalam fasa rahmah. Tazkirah kali ini berkisar satu hadis yg diriwayat oleh abu hurairah r.a  "Bahawasanya ada seorang wanita kulit hitam bernama ummu mahjan yg selalu membersih masjid nabawi. Baginda rasul tidak nampak wanita tersebut pada suatu hari. Baginda bertanya kpd para sahabat lalu dimaklumkan yg die telah wafat. Mendengar jawapan itu, baginda rasul berkata, "mengapa kamu tidak memberitahu hal ini kepadaku?" Para sahabat ketika itu x menyangka ummu mahjan sbg seorang yg penting. Baginda rasul lalu bertanyakan dimana kubur wanita itu. Para sahabat menunjukkan kubur itu lalu rasulullah s.a.w melakukan solat jenazah dan mendoakan beliau" [Muttafaqun alaih] Kerja beliau mungkin tidak besar pada pandangan manusia biasa iaitu sekadar membersihkan masjid. Tp nabi melihat ia sbg amal terbaik yg mampu dilakukan seorang w...