Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2018 v.21 - Menjelang 10 terakhir Ramadhan

1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat semua sahabat2 Izzuddinians 97-01 yang amat saya hormati dan saya sayangi. Alhamdulillah harini telah masuk 21 Ramadhan 1439 Hijriah bersamaan 06.06.2018. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan pergi meninggalkan kita untuk tahun ini. Tahun depan belum tentu lagi kita diberikan umur oleh Allah untuk bertemu Ramadhan. 

2. Saya amat suka ruangan tazkiran Ramadhan kerana ia dapat memberikan peringatan buat saya khususnya yang selalu lalai dan leka dengan urusan duniawi. InsyaAllah saya nak memberikan tazkirah yang mungkin semua orang sudah tahu atau pernah dengar. Menjelang 10 terakhir Ramadhan pastinya semua orang tahu tentang 3 amalan yang dilakukan Rasulullah. Pertama Rasulullah menguatkan ikatan kain Baginda, kedua menghidupkan 10  malam terakhir Rasulullah dengan qiyam dan beriktikaf di masjid dan ketiga membangunkan ahli keluarganya untuk solat malam.

3. Justeru itu saya menyeru diri saya dan para sahabat sekalian agar sama-sama kita muhasabah diri berapa banyak amal yang sudah kita lakukan. Berapa juzuk al-quran yang sudah kita baca. Jadi marilah kita sama-sama melakukan pecutan terakhir dengan mengamalkan 3 sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah pada 10 malam terakhir sebelum Ramadhan meninggalkan kita pada tahun ini. 

4. Buatlah amal sekadar yang kita mampu. Sekiranya mampu sedikit buatlah sedikit tetapi jangan sampai ditinggalkan terus. Seperti kaedah yang dibuat oleh ulama’
 ما لا يدرك كله لا يترك كله
“Jika tidak mampu kerjakan seluruhnya, jangan tinggalkan seluruhnya (yang mampu dikerjakan).”

5. Kalau tidak mampu solat malam atau qiyamullail maka jangan tinggal solat Jemaah isyak dan subuh kerana dapat pahala solat sepanjang malam. Berdasarkan hadis dari Utsman bin ‘Affan ia berkata; “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam.” (HR Tirmizi No: 205) 

6. Begitu juga kalau tak mampu tarawih 8 rakaat buat buat 2 rakaat pun dibolehkan. Witir tak mampu 3 buat lah 1 rakaat pun dah cukup. Kalau tak mampu khatam 30 juzuk sebulan cuba habiskan juga sekurang-kurangnya satu juzuk al-quran pun memadai. Paling tidak pun jangan tinggal baca surah al-ikhlas 3 kali menyamai pahala 30 juzuk al-quran. Wallahu taala a’lam.

7. Semoga dengan mujahadah dan amal kita ini Allah kurniakan anugerah lailatul qadar kepada kita semua dan diberikan kebebasan daripada api neraka. Amiin, Allahumma amiin.

Hafiz Idris

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...