Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2018 v.17 - Kandungan Juzuk 17

Assalamualaikum,  Alhamdulillah kita dah memasuki hari ke 17 Ramadhan 1439h..semakin menuju ke garisan penamat sebuah "marathon Tarbiyah Ramadhan"..semakin dekat garisan penamat,  kelajuan,  konsistensi,  dan daya tahan kita semakin meningkat kerana cita2 ingin dikalungkan medal kemenangan "taqwa"..

Dalam Surah Al Qadr menceritakan, Allah turunkan AlQuran pada malam Al Qadar (lailatulqadar) yg dijanjikan Allah "medal kemenangan" yg lebih baik dari 1000 bulan. Makanya,  ada sebahagian ulama memberi pendapat tentang bilakah adanya Lailatulqadar, 17 Ramadhan adalah sebahagian darinya.

Sahabatku kerana Allah, 
Hari ini saya cuba kongsikan isi kandungan juzuk 17 sebagai panduan kita bersama.

1. Kiamat yang dijanjikan Allah semakin dekat,  namun ramai kalangan kita lalai,  leka dengan dunia,  isteri2,  anak2 dan tuntutan lain yg kita lebihkan berbanding persiapan berjumpa dengan Allah.

2. Jangan kita angkat selain Allah sebagai Tuhan maka kita akan binasa.  Kini bukanlah bermaksud sembahan berhala lagi,  tapi merujuk hal2 keduniaan yang kita lebih pentingkan (menjadikannya "Tuhan") berbanding kewajipan kita kepada Allah. Contoh,  tugas2 harian hingga abai solat, takut isteri lari hingga suami takut menegur perlakuan maksiat si isteri.

3. Allah menciptakan Alam ini berasal dari 1, kemudian Allah pisahkanya (Al Anbiya : 31)..menjelaskan tentang teori Big bang.

4. Azab Allah akan datang secara tiba2 tanpa menunggu kita yang suka menangguh2kan bertaubat.

Hadith dari Uqbah b Amir "Jika kalian melihat Allah memberikan dunia kepada seseorang pelaku maksiat dgn sesuatu yang dia sukai,  maka sesungguhnya itu adalah istidraj.

Rasulullah menyambung " maka ketika mereka melupakan peringatan,  Kami (Allah)  membuka pintu2 kesenangan untuk mereka, sehingga ketika mereka bergembira (lalai),  Kami seksa mereka secara tiba2,  maka ketika itu mereka terdiam berputus asa (tidak sempat bertaubat) Hafith riwayat Ahmad.

5. Kisah Nabi Ibrahim as mempersoalkan umatnya yg menyembah berhala Namrudz. 

6. Kisah Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api.. Dari Ibn Abbas ra "Hasbunallah wa nikmal wakil (cukuplah Allah sebagai pelindung) adalah ucapan Nabi Ibrahim ketika dilemparkan ke dalam api" Hadith riwayat Bukhari. Kemudian Allah menurunkan bantuan menjadikan api itu sejuk.

Buat masa ini 6 point utama diawal juzuk 17 ini memberi pengajaran kepada kita semua untuk mempertingkatkan amalan & memperbaiki kesilapan2 yang lalu.  Semoga Ramadhan ini,  Allah ampunkan dosa2 kita dan diakhir Ramadhan kita dikemaskn dengan gelaran "Taqwa". Dengan gelaran itu,  kita diberi kekuatan menempuh 11 bulan akan datang,  insyaAllah. 

Mohon maaf ada kekurangan.  Ada kesempatan saya tambah lg isi2 pengajaran dari juzuk ke 17 ini,  insyaAllah.

Radzi Zawawi

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda telah

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat

Tazkirah v26.0 _ Menjaga Persahabatan

Assalamualaikum w.b.t Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah yg maha pemurah, lagi maha penyayang Alhamdulillah, sedar x sedar, dh masuk Ramadhan ke-26. Tibalah giliran saya untuk berkongsi sesuatu yg harap2nya dapat la kita peroleh manfaat darinya. "Sebaik2 sahabat di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap temannya dan sebaik2 jiran di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap jirannya". H.R al-Hakim Sahabat2 yg dikasihi, Mcm yg kita sedia maklum, Allah ciptakan manusia di bumi ini dari berbagai bangsa, warna kulit, bahasa, perangai dan sifat. Seperti firman Allah dalam surah al-Hujrat, ayat 13 yg bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak puak, supaya kami berkenal kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah org yg lebih bertakwa. Sesungguhnya Allahaha mengetahui, lagi maha men