Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2018 v.18 - Masa dan Sekarang.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1.وَالْعَصْرِ
Demi masa.

2.إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

3.إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Saya terpanggil untuk menyampaikan kembali tajuk tazkirah yang pernah saya sampaikan selepas solat asar semasa di SIS dahulu tentang masa. 

Masa! Ingatkah kita semua sewaktu kita disekolah dahulu, Masa yang kita gunakan setiap detik dan setiap waktu yang dalam kehidupan dan aktiviti seharian kita hampir tiada satupun kita lupakan. Bangun awal pagi,mandi kolah dan bersiap untuk ke musolla. Kita solat subuh berjemaah bersama-sama,yang masbuk kena PIAP! dan berlari ke dewan makan untuk mengejar masa dan makanan. Seterusnya kita bersiap dan bergegas ke perhimpunan pagi. Yang lambat akan ditahan dan didenda. Jadual kita yang padat dalam waktu persekolahan sehinggakan ada yang tidur sewaktu cikgu dan ustaz kita mengajar. Selepas itu solat zuhur berjemaah dan kita perlu ke kelas prep pula pada waktu petang. Solat asar juga berjemaah disusuli dengan tazkirah dikalangan kita secara giliran dan pada waktu petang aktiviti kita padat dengan pelbagai aktiviti riadah dan ada juga yang jadi dj sambil menyampaikan ucapan yang diminta sambil memutarkan lagu nasyid dari kumpulan nasyid kegemaran ramai seperti rabbani,raihan dan nowseeheart. 6.30 ptg bergegas untuk makan malam dan solat maghrib berjemaah. Seterusnya kita baca surah yaasin bersama-sama sehinggakan surah yaasin kita hafal tanpa kita menghafal dan ruang yang ada selalunya dipenuhi dengan mendengar kuliah maghrib samaada daripada ustaz atau naqib-naqib kita. Solat Isyak juga kita berjemaah dan malam kita diisi dengan pergi ke kelas untuk prep malam dan balik ke dorm terus tidur dan esoknya aktiviti yang sama juga kita lakukan.

Jika diimbau kenangan lama,setiap masa yang kita gunakan mengajar dan membimbing kita ke arah menjadi seorang muslim yang hebat. Mari kita buat refleksi untuk diri kita perbandingan masa dahulu dan sekarang.

1. Solat berjemaah dan ON TIME setiap waktu tidak pernah tinggal sehinggakan kita rasa hati tidak tenang apabila tinggal solat berjemaah apabila kita keluar alam persekolahan. Sekarang? Adakah kita masih konsisten solat berjemaah ke masjid ataupun surau?

2. Membaca Al-Quran menjadi kebiasaan kita. Jika tidak selepas solat subuh mungkin selepas solat zohor,asar,maghrib ataupun isyak. Sekarang? Adakah kita masih menjadikan Al-Quran sebagai teman setia kita setiap hari@seminggu sekali@sebulan sekali dan mungkin juga setahun sekali?

3. Solat sunat selepas dan sebelum solat menjadi kebiassan kita. Sekarang?Adakah masa yang kita ada masa lakukan perkara-perkara sunat yang sudah menjadi kebiasaan kita dahulu?

4. Beriadah di waktu petang hampir setiap hari?Sekarang?adakah kita ada masa untuk beriadah setiap hari selepas waktu kerja?

5. Mendengar kuliah agama sudah menjadi aktiviti wajib kita pada masa dahulu.Sekarang?Berapa kali kuliah agama yang kita hadiri dalam waktu-waktu kelapangan yang kita ada sekarang?

6.Menepati masa. Dulu kita sendiri memaksa diri untuk menepati masa kerana takut didenda oleh ustaz atau warden. Sekarang?

Ya!itu masa dahulu. Zaman sudah berubah. Dahulu kita banyak masa. Sekarang kita tak banyak masa. Tapi dahulu masa yang kita gunakan dipenuhi dengan perkara yang mendekatkan kita dengan ALLAH.

Bagaimana sekarang?Apa yang kita buat dalam melalui masa-masa yang ada?Adakah kita masih dalam golongan yang beruntung?atau kita berada dalam golongan yang kerugian?

Berapa banyak masa kita gunakan untuk berzikir dan bercakap@menulis tentang perkara-perkara yang baik?

Kesimpulannya,hargai la masa yang ada kerana kita mungkin sudah tiada masa. Gunakan bulan Ramadhan tahun ini sebagai titik permulaan untuk kita menjadi lebih baik. Mari lah sama-sama kita sentiasa mengingati dan menasihati antara kita tentang perkara yang memberi manfaat daripada kerap membincangkan perkara yang sia-sia@buang masa. Sekian


Syaharawi Ishak
Tronoh
18 puasa

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda t...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...