Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2018 v.10 - Berbuat Baik Walaupun Kecil


Assalamualaikum w.b.t

Sahabat2, yg pertama mari kita bersyukur kerana masih bernyawa pada 10 ramadhan hari ini. Hari terakhir dalam fasa rahmah.

Tazkirah kali ini berkisar satu hadis yg diriwayat oleh abu hurairah r.a 

"Bahawasanya ada seorang wanita kulit hitam bernama ummu mahjan yg selalu membersih masjid nabawi. Baginda rasul tidak nampak wanita tersebut pada suatu hari. Baginda bertanya kpd para sahabat lalu dimaklumkan yg die telah wafat.

Mendengar jawapan itu, baginda rasul berkata, "mengapa kamu tidak memberitahu hal ini kepadaku?" Para sahabat ketika itu x menyangka ummu mahjan sbg seorang yg penting. Baginda rasul lalu bertanyakan dimana kubur wanita itu. Para sahabat menunjukkan kubur itu lalu rasulullah s.a.w melakukan solat jenazah dan mendoakan beliau"
[Muttafaqun alaih]

Kerja beliau mungkin tidak besar pada pandangan manusia biasa iaitu sekadar membersihkan masjid. Tp nabi melihat ia sbg amal terbaik yg mampu dilakukan seorang wanita tua. Demikian setiap dari kita patut menghargai kerja2 agama meskipun kecil di mata manusia. Bukan hasil yg allah nilai, tetapi proses dan istiqamahnya kita. Dari sekecil perkara yg dilakukan dgn betul, membiakkan kpd perkara lain yg lebih besar. Dan jgn kita pulak yg meremehkan perkara kecil tersebut.

Ummu mahjan insan biasa tetapi dimuliakan allah kerana nabi solat jenazah utk dia dan didoakan kebaikannya. 

Habis musim pilihanraya, seharusnya kita juga mengambik iktibar memainkan peranan walau sekecil mana utk membangunkan negara kita kembali. Hentikan sindir menyindir, kutuk mengutuk, hina menghina. Keputusan telah pon diterima. Suke atau tidak, ia x berubah. Lagi 5 tahun pulun la politik balik. 

Sekian, wassalam

Khairi Kamaruddin
Insan lapar,
Desa pengkalan,
1:50 pm

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...