Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2018 v.12 - Tamu yang Kecewa

Assalamualaikum w.b.t

Versi tazkirah kali ini sedikit berbeza.Terimalah sedikit coretan Ramadhan bertajuk

"Tamu yang Kecewa"

Sahabatku yang tercinta..
Rasanya diriku ingin segera pulang...
Sudah 12 hari aku datang bertamu...
namun seringkali daku ditinggal sendirian...

Walau sering dikatakan tamu agung, dengan sambutan Selawat & marhaban..
namun perilakumu kepadaku  tidak luar biasa...

Bahkan ole-ole yang ku bawa dari jauh, nyaris tidak engkau sentuh...

Al-Quran hanya dibaca sekilas,
Terkalahkan dengan update status, tontonan teater & drama..

Solat Tarawih tidak lebih khusyu,
kalah bersaing dengan bayangan penampilan pada hari lebaran...

Tidak  banyak engkau minta keampunan dari dosa yang bertompok,
sebab sibuk dengan belanja dan ria,
padahal aku membawa banyak maghfirah...

Malam dan siang berlalu sahaja, dek dunia dan isinya..

Tidak pula banyak infaq dan sedekah,
kerana khuatir wang tidak cukup, buat simpanan sehabis lebaran...

Sahabatku,
rasanya aku
seperti tamu yang tak diharapkan....
sepertinya engkau tidak akan merasa menyesal bila aku tinggalkan...

Padahal aku datang dengan kemuliaan, keberkatan dan rahmat...
yang seharusnya aku tidak pulang dengan hampa...

Percayalah sahabatku...
Bila nanti aku pulang, belum tentu akan kembali lagi...
sehingga nanti engkau akan menyesal, membiarkan aku terlantar...

Masih tersisa hari-hariku lagi untuk kita bersama..
Semoga kau sedar sebelum aku benar-benar pulang...
Kerana umurmu hanyalah cerita singkat, yang wajib engkau  pertanggungjawabkan dalam waktu yang cukup panjang.

Sekian..wassalam.

Najib Zakaria
12 Ramadhan 1439
8.00 pg.

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda t...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...