Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda t...

The Night of Decree

Verily! We have sent it (Quran) down in the Night of Decree (Lailatul-Qadr). And what will make you know what the Night of Decree is? The Night of Decree is better than a thousand months. Therein descend the angels and the Rooh (i.e. Gabriel) by Allaah’s Permission with all Decrees, Peace! until the appearance of dawn.” (Al-Qadr 97: 1-5) Lailatulqadar: The Night of Decree,   is a glorious night in the holy month of Ramadhan. It is associated with the first revelation of the Al-Quran, for the guidance of mankind. Those who wake up at one third of a night of decree and spend the night performing prayer may fortunate to meet the Lailatulqadar. Definitely, they will deserve blessings  from Allah. During the night, it was informed that there is no barrier for doa and our doa shall be granted by Allah. So when is the Night? This is arguable,  however it is almost unanimous that the blessed night occurs in one of the last ten nights of Ramadan and most undoubtedly i...

Jibril Memberi Peringatan kepada Nabi Yusof as

FIRMAN Allah SWT: “Dan bersama dengan Yusuf masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda.” (Yusuf: 36) Dua orang yang masuk ke dalam penjara tersebut, adalah tukang beri minum raja dan tukang masak raja. Sedangkan ketika itu yang menjadi raja iaitu “Royyaan.” Sebab dimasukkan kedua orang pemuda ke dalam penjara adalah kerana kedua pemuda tersebut telah menerima rasuah daripada raja Rom dengan tugas memberi racun dalam makanan dan minuman raja Royyaan. Tukang masak menerima rasuah tersebut. Sementara itu tukang memberi air raja menolak tawaran raja Rom, dan melaporkan kepada raja tentang pengkhianatan yang dilakukan oleh tukang masak. Namun tukang memberi air juga dimasukkan ke dalam penjara bersama dengan tukang masak tadi. Mereka berada di penjara lebih kurang selama tiga hari. Di dalam penjara, mereka berdua melihat Nabi Yusuf as suka membuat penilaian tentang mimpi. Untuk mencuba kebenaran tafsiran atau penilaian Yusuf as mereka mengatakan seakan akan...

Tariq bin Ziyad; Pembuka Al Andalusia

Siapa Tariq bin Ziyad? Beliau adalah panglima perang yang diutuskan oleh Musa bin Nusayr, Gabenor Ifriqiyya (Tunisa, Ageria dan Morocco skrg) dibawah pemerintahan Bani Ummayd Al-Walid ibn Abd al-Malik untuk yang diperintahkan untuk membebaskan Andalusia (Portugal dan Sepanyol skrg). Beliau berbangsa Berber dan bekas hamba kepada Musa bin Nusayr. Beliau dimerdekakan oleh Musa bin Nusayr kerana kehebatan beliau semasa perang membebaskan Tangier. Musa Bin Nusayr sangat mempercayai Tariq sehinggakan semasa mengetuai angkatan perang ke Andalusia, Tariq bin Ziyad dilantik sebagai panglima dan diberi kuasa penuh untuk memilih askarnya sendiri. Memandangkan terlalu ramai anggota tentera yang mahu pergi berperang bersama-sama dengan Tariq bin Ziyad, beliau telah bertindak memilih anggota tentera yang tidak pernah meninggalkan solat fardu lima waktu dan bersembahyang malam. Selain untuk mengelakkan perasaan ketidakpuasan hati para tentera dan sifat pilih kasih, cara ini adalah sangat releva...

Hasbunallah Wa Nikmal Wakil

Assalamualaikum dan salam 23 Ramadhan 1435H. Tazkirah hari ini bertajuk, "Hasbunallah wa nikmal wakil." PERISTIWA PERANG BADAR  Tentera Islam menghadapi tentera musyrikin yang berganda-ganda jumlahnya di dalam Perang Badar. Sang Rasul ditakut-takutkan oleh pembawa berita, dengan jumlah tentera musyrikin yang ramai itu. Namun tentera Islam tidak pula berasa takut, sebaliknya yang terjadi kepada mereka. Tentera Islam mengucapkan - "Hasbunallah wa ni'mal wakil" Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baik penolong. Sehari sebelum pertempuran bersejarah di Badar, tentera Islam telah diberi rezeki "mengantuk". Bagi jiwa-jiwa yang belum tahu nasib hidup dan mati keesokan harinya, untuk mengantuk dan dapat tidur lena adalah sesuatu yang diluar fitrah kemanusiaan. Begitulah "rezeki" mereka. Peristiwa ini diceritakan seperti firmanNya; ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدۡ جَمَعُواْ لَكُمۡ فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ...

Menjaga Diri Dari Penyakit Hati

Assalamualaikum. Salam pagi 24 Ramadhan. Moga hari ini berterusan istiqamah kita dlm meningkatkan ibadah kpd Allah swt. Ikhwan yg dikasihi, Hari ini, saya ingin mengingatkan kita tentang pentingnya kita menjaga diri kita dari penyakit hati terutamanya ujub, riak dan takabbur. Antara ketiganya ada persamaan ketara namun sedikit berbeza. Ujub. Bermaksud perasaan bangga diri bila melakukan kebaikan. Ujub dtg dlm bisikan hati, tanpa perlu diungkapkan dgn lisan. Contohnya, jika kita baru solat sunat tahajjud, terdetik dlm diri "baik juga aku ni ye". Atau tatkala update status di Facebook berkenaan tazkirah, timbul rasa bangga kerana dpt 30 like. Riak. Riak ialah melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana Allah. Riak diumpamakan syirik kecil kerana riak adalah lawan ikhlas, dlm ertikata lain, tidak sepenuhnya percaya bahawa Allah sahaja yang boleh membalas kebaikan yg dilakukan. Orang yang riak, tidak istiqamah perbuatannya. Jika ada org, dia beramal kerana ingin menun...

Bukan Sekadar Membaca Al Quran...

كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَيۡكَ مُبَـٰرَكٌ۬ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَـٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ  (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah Sad: 29) Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Di sini saya menyeru kawan-kawan dan diri saya sendiri utk mendalami Al-Quran seperti yg dituntut dlm ayat diatas. Bukan sekadar membaca. Bukan sekadar bertadarus. Tetapi membaca dan memahami ayat Al-Quran beserta tafsirnya dan mengambil iktibar darinya. Kawan -kawan. Usia kita semakin meningkat. Kita lahir dalam Islam. Membesar dgn didikan Islam. Belajar mengaji seawal usia. Namun berapa ramai diantara kita yg pernah membaca keseluruhan Al-Quran beserta tafsirnya, "cover to cover" ? Padahal Al-Quran-lah pelita kita...

Bagaimana Allah membantu Pemuda Islam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Sahabat - sahabat yang dikasihi semua. Saya berasa terpanggil untuk mencari butir tazkirah yang mendalami maksud ayat - ayat Al-Quran yang indah dan sungguh menakjubkan. Berikut adalah sedikit perkongsian berasaskan kuliah Quran Weekly (YouTube) nukilan Ustaz Nouman Ali Khan. Antum semua digalakkan untuk melanggan video di saluran tersebut. Tazkirah hari ini bertajuk: Bagaimana Allah membantu Pemuda Islam. "Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang di beri hidayah pertunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali- kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya." - Surah Al-Kahf...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...