Siapa Tariq bin Ziyad? Beliau adalah panglima perang yang diutuskan oleh Musa bin Nusayr, Gabenor Ifriqiyya (Tunisa, Ageria dan Morocco skrg) dibawah pemerintahan Bani Ummayd Al-Walid ibn Abd al-Malik untuk yang diperintahkan untuk membebaskan Andalusia (Portugal dan Sepanyol skrg). Beliau berbangsa Berber dan bekas hamba kepada Musa bin Nusayr. Beliau dimerdekakan oleh Musa bin Nusayr kerana kehebatan beliau semasa perang membebaskan Tangier. Musa Bin Nusayr sangat mempercayai Tariq sehinggakan semasa mengetuai angkatan perang ke Andalusia, Tariq bin Ziyad dilantik sebagai panglima dan diberi kuasa penuh untuk memilih askarnya sendiri. Memandangkan terlalu ramai anggota tentera yang mahu pergi berperang bersama-sama dengan Tariq bin Ziyad, beliau telah bertindak memilih anggota tentera yang tidak pernah meninggalkan solat fardu lima waktu dan bersembahyang malam. Selain untuk mengelakkan perasaan ketidakpuasan hati para tentera dan sifat pilih kasih, cara ini adalah sangat relevan kerana para tentera yang tidak meninggalkan solat lima waktu ini sudah semestinya sangat taat kepada perintah Allah s.w.t. Mereka pasti akan mendengar arahan, berjuang dengan bersungguh-sungguh dan sanggup mati syahid untuk Islam.
Dalam strategi peperangan pula, Tariq bin Ziyad telah memecahkan tentera-tentera Islam kepada tiga bahagian iaitu pasukan pemanah, pasukan bersenjata tombak dan pasukan yang bersenjatakan pedang. Tariq bin Ziyad juga telah mengatur strategi yang mana telah mengelirukan tentera musuh dengan menggunakan taktik dimana tentera Islam diarahkan bertukar pakaian dan kedudukan dari tempat tentera tersebut melancarkan serangan agar tentera musuh menyangkakan terdapatnya tentera tambahan.
Sesudah mendarat di pantai Gibraltar, Tariq bin Ziyad bingkas menyuruh askarnya membakar kapal dan kemudiannya beliau menyampaikan khutbah beliau yang paling agung, "Wahai sekalian tenteraku, Ke mana kalian akan pergi? Lautan ada di belakang dan musuh ada di hadapan kalian. Maka demi Allah, kalian tidak punya pilihan lain, kecuali bersungguh-sungguh dan bersabar. Ingatlah bahwa kalian di pulau ini jauh lebih malang dari anak-anak yatim yang duduk semeja dengan Tuan mereka yang rakus. Wahai sekalian tenteraku, musuh kalian di hadapan dilengkapi dengan askar yang tidak terbilang ramainya dengan pasukan simpanan yang berlimpah-limpah. Sementara kalian sama sekali tidak mempunyai tempat berlindung selain pada pedang-pedang kalian. Kalian tidak punya perbekalan kecuali dari apa yang berhasil kalian rampas dari musuh-musuh kalian."
Khutbah ini menguatkan iltizam bala tentera Tariq bin Ziyad untuk berhadapan dengan musuh. Berkat keimanan yang tinggi, beliau berjaya membebaskan Andalusia bermula di Gibraltar, Granada, Cordoba, Tenerife dan perang yang dikenang sepanjang zaman Perang Guadalete (sempena nama sungai), pembebasan ibu negeri Visigoths, Toledo yang berjaya menewaskan Raja Roderick.
* Konsep perang Islam:
Perang pada awalnya hanya untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Kemudian setelah Islam tertegak, perang diperintahkan dengan tujuan menghapuskan penyembahan terhadap berhala dan mengamalkan ajaran Islam. Tetapi dengan syarat pihak yang akan diperangi harus dimaklumkan dan didakwahi terlebih dahulu secara damai. Bila mereka menolak dan ingin tetap pada pendiriannya semula, mereka tidak boleh menghalangi apalagi mengganggu ajaran Islam. Jika ia berada di bawah kekuasaan pemerintahan Islam, orang-orang seperti itu tetap berhak mendapat hak perlindungan. Namun sebagai gantinya mereka harus membayar jizyah (kafir) dan zakat (muslim). Tetapi bila mereka menolak apalagi mengganggu dan menghalangi ajaran Islam maka mereka wajib diperangi. Namun demikian perempuan, anak-anak, orang tua, bangunan dan tanaman dilarang untuk dihancurkan.
Comments
Post a Comment