Skip to main content

Bukan Sekadar Membaca Al Quran...



كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَيۡكَ مُبَـٰرَكٌ۬ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَـٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ 

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
(Surah Sad: 29)

Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Di sini saya menyeru kawan-kawan dan diri saya sendiri utk mendalami Al-Quran seperti yg dituntut dlm ayat diatas.

Bukan sekadar membaca.
Bukan sekadar bertadarus.
Tetapi membaca dan memahami ayat Al-Quran beserta tafsirnya dan mengambil iktibar darinya.

Kawan -kawan.
Usia kita semakin meningkat.
Kita lahir dalam Islam.
Membesar dgn didikan Islam.
Belajar mengaji seawal usia.
Namun berapa ramai diantara kita yg pernah membaca keseluruhan Al-Quran beserta tafsirnya,"cover to cover"?
Padahal Al-Quran-lah pelita kita
Al-Quran-lah yg menjelaskan kenapa kita hadir diatas bumi ni,untuk apa dan bagaimana cara yang benar untuk hidup di dunia yg sementara ini

Al Quran yang mempunyai ringkasan Tafsir Tabari



يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ قَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ ڪَثِيرً۬ا مِّمَّا ڪُنتُمۡ تُخۡفُونَ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَيَعۡفُواْ عَن ڪَثِيرٍ۬‌ۚ قَدۡ جَآءَڪُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌ۬ وَڪِتَـٰبٌ۬ مُّبِينٌ۬ * يَهۡدِى بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضۡوَٲنَهُ ۥ سُبُلَ ٱلسَّلَـٰمِ وَيُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِهِۦ وَيَهۡدِيهِمۡ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
(Surah Al Maidah 15-16)

Semakin ramai yang mendampingi Al-Quran.
Semakin ramai hafiz dilahirkan.
Anak seusia 5 tahun bernama musa dari Indonesia dah hafal 29 juzuk Al-Quran.
Di manakah kita?
Sesungguhnya Allah memuliakan darjat seseorang dengan Al-Quran.
Semakin banyak hafalan Al-Quran semakin tinggi tingkatan dalam syurga.

Dari Abdullah bin Amr r.a,  Nabi SAW bersabda, âAkan diucapkan kepada ahli Al-Quran (pada hari kiamat) "Bacalah, dan naiklah (ke syurga) serta bacalah (Al-Quran) dengan tartil, sebagaimana kamu membacanya dengan tartil ketika di dunia. Kerana sesungguhnya kedudukanmu adalah di akhir ayat yang engkau baca."

Sesungguhnya tazkirah saya panjang sangat. Tapi semoga kita dapat manfaat tak mampu hafal, baca dan fahami pun jadiklah. Tak mampu seluruhnya, sedikit-sedikit pun tak mengapa. Mulakan perlahan-perlahan, namun istiqamah. 1 hari, 2 ayat pun jadilah. InsyaAllah mendapat keberkatan.

Jom baca quran.

Disumbangkan oleh HAMKI

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda telah

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat

Tazkirah v26.0 _ Menjaga Persahabatan

Assalamualaikum w.b.t Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah yg maha pemurah, lagi maha penyayang Alhamdulillah, sedar x sedar, dh masuk Ramadhan ke-26. Tibalah giliran saya untuk berkongsi sesuatu yg harap2nya dapat la kita peroleh manfaat darinya. "Sebaik2 sahabat di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap temannya dan sebaik2 jiran di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap jirannya". H.R al-Hakim Sahabat2 yg dikasihi, Mcm yg kita sedia maklum, Allah ciptakan manusia di bumi ini dari berbagai bangsa, warna kulit, bahasa, perangai dan sifat. Seperti firman Allah dalam surah al-Hujrat, ayat 13 yg bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak puak, supaya kami berkenal kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah org yg lebih bertakwa. Sesungguhnya Allahaha mengetahui, lagi maha men