Skip to main content

Bagaimana Allah membantu Pemuda Islam.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sahabat - sahabat yang dikasihi semua. Saya berasa terpanggil untuk mencari butir tazkirah yang mendalami maksud ayat - ayat Al-Quran yang indah dan sungguh menakjubkan. Berikut adalah sedikit perkongsian berasaskan kuliah Quran Weekly (YouTube) nukilan Ustaz Nouman Ali Khan. Antum semua digalakkan untuk melanggan video di saluran tersebut. Tazkirah hari ini bertajuk:

Bagaimana Allah membantu Pemuda Islam.


"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang di beri hidayah pertunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali- kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya." - Surah Al-Kahf, Ayat 17

Kita sedia maklum akan kisah pemuda Ashabul Kahfi, dan perkara paling utama yang kita akan ingat adalah kisah mereka tidur selama 300 tahun. Tapi Ustaz Nouman mengingatkan kita tentang betapa pemuda Ashabul Kahfi (AK) itu sebenarnya berada pada zaman dan kondisi yang seakan sama dengan situasi yang dihadapi oleh kita, pemuda alaf ini. Mereka hidup di zaman ketiadaan Nabi, tiada alim ulama, ditentang oleh orang sekeliling, sehingga mereka diburu oleh Raja mereka. Situasi pemuda islam di negara asing seperti di barat mungkin lebih hampir sama dengan situasi AK, tapi kita sendiri, pemuda islam di Malaysia punya cabaran kita yang tersendiri. Justeru, janji Allah yang tercatit dlm surah ini akan terapplikasi ke atas diri kita jika kita tergolong dlm kalangan pemuda yang benar - benar beriman dan kembali kepada Allah.

Pemuda AK benar - benar beriman kepada Allah, lalu Allah telah membantu mereka dgn sehebat - hebat bantuan. Bantuan yang bagaimana? Kita cuma tahu, mereka tidur dlm tempoh yang lama, tapi dalam ayat ini diterangkan bagaimana ianya terjadi. Di saat matahari terbit, Allah melenturkan ( تَّزَاوَرُ  - bend around them) sinaran matahari ke kanan agar sinaran matahari tidak masuk ke dalam gua. Dan di saat matahari terbenam, sinaran matahari condong ke kiri, sebagai satu bentuk bantuan dari si matahari kepada AK, ( تَّقْرِضُهُمْ - do them a favour), supaya sinaran matahari tidak masuk ke dalam gua. Gua itu berada di kawasan tanah lapang ( فَجْوَةٍ مِّنْهُ ) justeru mustahil untuk sinaran matahari utk tidak masuk ke dalam gua, tapi inilah keajaiban yang Allah berikan kepada pemuda AK kerana iman mereka.

Pemuda AK memilih untuk beriman kepada Allah (Turn to Allah) lalu Allah menjanjikan bantuan yang maha hebat pada mereka. Mereka cuma pemuda biasa, dgn keimanan yang hebat. Apabila pemuda biasa memilih untuk kembali pada Allah, seluruh alam akan berpihak kepada pemuda itu. Jika kita tunduk pada Allah, seluruh hukum alam akan tunduk pada kita kerana ketaatan kita kepada Allah SWT. Allah bukan saja melindungi AK dari kecelakaan, Allah turut melindungi mereka dari sinar matahari dgn cara yang sungguh tidak disangka. Bantuan Allah itu akan tiba dalam cara yang kadangkala tak dapat kita bayangkan, dan diibaratkan lagi dgn contoh pemuda AK, Allah melindungi dan memberi panduan kepada mereka, waima mereka sedang tidur sekalipun. Dlm ayat 18,diceritakan betapa Allah membimbing mereka dlm tidur, sehinggalah ke arah mana mereka berbaring berpusing, mengadap kiri atau kanan, semuanya atas bimbingan (guidance) dari Allah.

Diharapkan tazkirah ini memberi makna kepada sahabat - sahabat semua. Saya secara peribadi, merasakan kita semua hidup di zaman yang amat mencabar. Terlalu banyak cabaran yang mengajak kita menjauh dari Allah. Dan acapkali, terlalu mudah untuk kita lupa dan alpa. Pada awalnya, saya ingin berkongsi kuliah tafsir An-Nisa ayat 17, yang ada kaitan rapat dengan satu lagi kuliah ustaz Nouman ttg ayat 17 surah An-Nisa berkenaan dengan taubat dan kembali kepada Allah, saya cadangkan antum semua untuk pergi menonton kuliah tersebut. Tapi memandangkan kisah Ashabul Kahfi ini rasanya lebih menarik dan unik, maka saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan antum semua. Wallahua'lam, moga kita semua beroleh rahmat dan naungan hidayah dariNya dan moga kita tergolong dalam golongan pemuda yang dilindungi dan dibimbing oleh Allah SWT.

Disumbangkan oleh Faisal Abdullah

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda t...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...