Skip to main content

Hasbunallah Wa Nikmal Wakil






Assalamualaikum dan salam 23 Ramadhan 1435H.

Tazkirah hari ini bertajuk, "Hasbunallah wa nikmal wakil."

PERISTIWA PERANG BADAR 
Tentera Islam menghadapi tentera musyrikin yang berganda-ganda jumlahnya di dalam Perang Badar. Sang Rasul ditakut-takutkan oleh pembawa berita, dengan jumlah tentera musyrikin yang ramai itu. Namun tentera Islam tidak pula berasa takut, sebaliknya yang terjadi kepada mereka.

Tentera Islam mengucapkan - "Hasbunallah wa ni'mal wakil" Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baik penolong. Sehari sebelum pertempuran bersejarah di Badar, tentera Islam telah diberi rezeki "mengantuk". Bagi jiwa-jiwa yang belum tahu nasib hidup dan mati keesokan harinya, untuk mengantuk dan dapat tidur lena adalah sesuatu yang diluar fitrah kemanusiaan. Begitulah "rezeki" mereka.

Peristiwa ini diceritakan seperti firmanNya;


ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدۡ جَمَعُواْ لَكُمۡ فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَقَالُواْ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَڪِيلُ (١٧٣) فَٱنقَلَبُواْ بِنِعۡمَةٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَضۡلٍ۬ لَّمۡ يَمۡسَسۡہُمۡ سُوٓءٌ۬ وَٱتَّبَعُواْ رِضۡوَٲنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ ذُو فَضۡلٍ عَظِيمٍ

Mereka yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Sedangkan berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: " Hasbunallah wa ni’mal wakil - Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baik penolong." Setelah mereka (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredhaan Allah. Dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar. 
(Surah Ali Imran: 173-174)

NABI IBRAHIM DI DALAM API
Nabi Ibrahim A.S dilemparkan ke dalam api oleh Raja Namrud yang mengaku dirinya tuhan. Diriwayatkan Jibril datang menghulurkan bantuan yang kemudiannya ditolak oleh Saidina Ibrahim dengan menyebut cukup bagi dirinya Allah. Imam Bukhari meriwayatkan, Nabi Allah Ibrahim menyebut lafaz yang sama - Hasbiyallah wa ni'mal wakil- حسبي الله و نعم الوكيل. 

Lalu api sejuk atas titah Sang Pencipta seperti yang termaktub di dalam firmanNya- 

قَالُواْ حَرِّقُوهُ وَٱنصُرُوٓاْ ءَالِهَتَكُمۡ إِن ڪُنتُمۡ فَـٰعِلِينَ (*) قُلۡنَا يَـٰنَارُ كُونِى بَرۡدً۬ا وَسَلَـٰمًا عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ 
(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “Bakarlah dia dan kamu pertahankan akan tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!” KAMI berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera buat Ibrahim!" 
(Surah Al-Anbiya': 68-69) 


HAKIKAT BERSERAH 
Dr Said Bouheraoua, pensyarah saya di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM, memberi perumpamaan, perihal menyerahkan urusan kepada Allah sesudah berusaha dalam konteks kemanusiaan, adalah seperti membuat keputusan yang disokong oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Baik atau buruk yang terbit sesudah berserah kepada Allah, hanyalah timbangan kemanusiaan, yang tidak mengetahui urusan masa hadapan. Allah lebih mengetahui akibat dan pengakhiran bagi sesuatu yang dikerjakan. Justeru, menyerahkan diri (sesudah berusaha) kepada Zat yang tidak dapat dilihat dan dicapai bukan sesuatu yang mudah. Mempercayai sesuatu yang tidak dapat digapai oleh deria, maka ia adalah sebahagian dari proses BERIMAN.

وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا 
"Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." 
(Surah At-Talaq: 3) 

Tiada yang mustahil bagi Dia yang menguasai sekalian yang di langit dan di bumi. Ya Allah, jadikan kami dari hambaMu yang sentiasa berserah.

Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil

(Noor)

Comments

Popular posts from this blog

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...