Skip to main content

Tazkirah v26.0 _ Menjaga Persahabatan

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yg maha pemurah, lagi maha penyayang
Alhamdulillah, sedar x sedar, dh masuk Ramadhan ke-26. Tibalah giliran saya untuk berkongsi sesuatu yg harap2nya dapat la kita peroleh manfaat darinya.
"Sebaik2 sahabat di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap temannya dan sebaik2 jiran di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap jirannya". H.R al-Hakim

Sahabat2 yg dikasihi,
Mcm yg kita sedia maklum, Allah ciptakan manusia di bumi ini dari berbagai bangsa, warna kulit, bahasa, perangai dan sifat. Seperti firman Allah dalam surah al-Hujrat, ayat 13 yg bermaksud:
"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak puak, supaya kami berkenal kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah org yg lebih bertakwa. Sesungguhnya Allahaha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya."
Sesungguhnya Islam amat menitik beratkan persabahatan. Hubungan persahabatan ni sebenarnya, kalo kita teliti betul2, adalah amat amat amat berperanan dalam membentuk sahsiah seseorang. Malahan, persahabatan juga boleh mempengaruhi kesidupan seseorang.
So, mcm mana yg dikatakan persahabatan ni boleh mempengaruhi kehidupan seseorang?
Senang je. Jom kita flashback sama2.

Masa kita baru lahir, ibu dan bapa lah 'sahabat' kita yg pertama. Diorg la yg mula2 mencorak kehidupan dan mempengaruhi sahsiah kita masa kita kecil.
Lepas tu, dah besar sikit, kite pergi sekolah. Alam sekolah ni saya ringkaskan kepada rendah+menengah+ipt. Masa ni, konteks persahabatan dah agak besar. Dah mula berkembang. Kita mula ramai kawan. Ada mcm2 jenis. Yg baik, yg nakal, yg anti sosial, yg bersifat pelik. Semua ada. So, time ni la makin ramai 'pencorak'2 yg akan meninggalkan kesan dalam kehidupan kita. Ada yg start pandai bercinta time ni, ada yg start merasa sedutan asap yg pertama time ni, ada yg start mendekati agama time ni dan mcm2 lg. Memandangkan time skolah ni masing2 baru nk up, jadi dalam fasa ni, persahabatan tu mmg byk meninggalkan kesan dalam kehidupan kita. Sbb fasa ni fasa 'cuba cuba'. Kalo boleh, time ni kita nk berkawan dgn org yg kita rasa cool je. Kebanyakannya, masa ni la selalunya kita ada seorg kawan tu, yg kita jadikan 'idola' dlm kehidupan kita secara sedar x sedar. Senang cakap, masa fasa ni, kita senang terpengaruh dgn kawan2. So nampak kan, mcm mana persahabatan tu mencorak sahsiah dan kehidupan kita.
Lepas tu, dah habis skolah, kita masuk alam pekerjaan. Alam dewasa. Time ni majoriti kita dah matang. Dah pandai menilai baik buruk. Begitu juga dgn konteks persahabatan. Kita dh makin pandai menilai persahabatan. Masa ni, selalunya, kita dh pandai blok anasir2 yg x sihat dari mempengaruhi kite melalui persahaban. Ada yg lebih extreme lg, dh mula memilih kawan. Dah mula menjauhi kawan2 yg baginya boleh mendatangkan pengaruh yg x sihat bagi dirinya.

Kawan2 yg dirahmati,
Tahun ni kebanyakkan kita dh mencecah umur 30+. Dah tua dah. Sedar x sedar, dah lama dah kita berkawan. Kita dah lalui bersama dua fasa persahabatan yg saya kongsikan td (fasa sekolah dgn fasa dewasa). Alhamdulillah, melalui pemerhatian saya, kita ni makin lama makin rapat. Kalo time skolah dulu mungkin ada yg x berkawan sbb lain fahaman ke, lain geng ke, tp Alhamdulillah, skrg ni kita dh boleh berkawan walaupun dulunya kita pernah berpuak2.
So, ingin kiranya saya nk igtkan diri saya dan kawan2 yg saya sayangi semua ni, sayang la kalo persahabatan kita yg kita dh bina dari zaman skolah ni, hancur musnah sbb benda2 remeh. X best la kalo mcm tu. Kawan lama2, lepas tu bertelagah sbb benda kecik. Kawan2 kita ni la yg dh byk berkongsi suka duka. Sebahagiannya dh pun mencorak kehidupan kita sedar x sedar. Tp kdg2 kita harus igt, benda kecik pun kalo kumpul lama2, boleh mengemok. Lapan.
Jd, kalo kita sayangkan persahabatan kita, jom la kita sama2 jaga. Jaga hati kawan2, begurau berpada2, kalo ada yg perlukan pertolongan kita tolong, ziarah kawan kita kalo depa sakit dll.
Kalo kita dapat buat benda2 tu, insyaallah persahabatan kita boleh kekal. Moh sama2 kita muhasabah balik diri kita, igt balik jasa sahabat2 kita, kalo ada yg pernah berkecil hati ke terasa ke, kita maafkan la. Sbb mungkin masa kawan2 kita guris perasaan kita, dia buat dlm keadaan x sedar. Buangkan sifat ego, tinggi diri, dan semua sifat mazmumah dlm diri kita supaya persahabatan kita x terlerai. Tegur lah kawan2 kita (kot2 ada yg tesilap pilih jalan ke apa ke) dgn teguran yg berhikmah. Jgn kita buang kawan2 kita.
Sebelum saya mengakhiri perkongsian saya yg x seberapa ni, saya nk share sket bait2 lirik lagu Queen. Freddy Mercury yg tulih ni:
"It's not easy love, but you've got friends you can trust.
Friends will be friends.
When you're in need of love they give you care and attention.
Friends will be friends.
When you're through with life and all hope is lost, hold you out your hand cos friends will be friends right till the end."
Akhir kalam, saya nk ambik kesempatan ni untuk memohon ribuan kemaafan dari sahabat2 semua kiranya selama kita kenal ni, saya ada buat silap. Biasa la, manusia kan buat silap. 
😁
Semoga persahabatan ni boleh membawa kita ke syurgaNya, bukan menarik kita ke nerakaNya.
Sentiasalah berlapang dada dan bersangka baik.
Kalo kita jaga hati dan aib kawan2, insyaallah Allah jaga hati dan tutup aib kita.
Muaaaahhh..
Wassalam

- Annas Asqalanee -

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda telah

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat