Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Tazkirah Ramadhan 2018 v.9 - Istiqamah

السلام عليكم ورحمة الله... Tazkirah ringkas untuk peringatan bersama. InsyaAllah... *Maksiat Menghalang Cahaya Ilmu* Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran. Tidak kira sama ada ilmu duniawi mahu pun ukhrawi. Imam al-Syafie pernah menasihatkan kita: “Sesiapa yang inginkan dunia, dia mestilah mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan akhirat, dia mesti mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dia mempunyai ILMU.” Namun demikian sahabat, bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang kita pelajari, kita perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh memadamkan cahaya dan keberkatan ilmu itu sendiri. Sebaliknya, sebagai seorang penuntut ilmu (kita adalah penuntut ilmu selama mana kita masih hidup), kita perlu menghiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji seperti berakhlak

Tazkirah Ramadhan 2018 v.8 - Merasa Cukup

Assalamualaikum wbt semua sahabat-sahabat SIS yang dimuliakan Allah. Alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk menjalani Ramadhan yang ke-8 pada hari ini. InsyaAllah hari ini ana nak berkongsi sedikit beberapa pesan-pesan yang menggugah. Ramai orang berusaha keras dan menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan rumah impian besar, atau kereta impian yang hebat dan laju, atau handphone yang baru dan sebagainya.  Tetapi masalahnya dengan minda manusia, tidak kira apa yang kita dapat, akhirnya kita akan terbiasa dan akan menjadi seperti normal di mata kita seperti baju yang kita pakai hari-hari. Faktanya, segala yang kita dapat/kecapi hari ini sebenarnya merupakan "upgrade" dari sebelumnya. Sebuah banglo mewah adalah "upgrade" dari sebuah apartment, dan sebuah apartment adalah "upgrade" dari tiada rumah langsung. IPhone X adalah "upgrade" dari Nokia 3310, dan Nokia 3310 adalah "upgrade" dari public phone tepi jalan atau

Tazkirah Ramadhan 2018 v.7 - Dia atau Kita Yang Sombong? Sebarkan Salam

Dia atau kita SOMBONG? Assalamualaikum wbt & Ramadhan karim. Rakan-rakanku izzuddinians, Pernah tak pergi mana2, terdetik dalam hati sombongnya dia.. Tak tegur pun kita 🤨 Hakikatnya kita pun sama, kita pun tak tegur dia dulu. Ntah2 dalam hati dia pun sama kata kita sombong.😎.. berselisih di pintu masjid, di dlm lif, di lobi pejabat mahupon di tempat awam tapi masing2 busy dgn hp samaada sibuk atau buat2 sibuk. Betullah kite di akhir zaman. Salah satu tanda kiamat adalah ucapan salam hny utk kenalan kite shj. Sabda nabi saw :  ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُسَلِّمَ الرَّجُلُ عَلَى الرَّجُلِ لَا يُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِلَّا لِلْمَعْرِفَةِ  “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat dalah seseorang yang mengucapkan salam kepada orang lain, namun salam tersebut tidak diucapkan melainkan kepada orang yang dikenalinya sahaja”. (Riwayat Ahmad, Isnad sahih) Jom sebarkan salam utk

Tazkirah Ramadhan 2018 v.6 - Manifesto & Ubah Diri

Tazkirah Ramadhan 6 Ramadhan 1439 Assalamualaikum sahabat2 SIS semua, semoga kalian berada dalam kesihatan yang baik hendaknya dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ameen. Saya cuba menyampaikan tazkirah yang ringkas dan jelas untuk panduan kita bersama pada episod kali ini. Ianya berkenaan ibrah yang boleh kita ambil tentang peristiwa epik yang hangat dibincangkan di mana2 platform sehingga hari ini iaitu PRU14. Saya tidak berniat untuk mengulas siapa menang, siapa kalah, apa yang akan berlaku seterusnya, baik atau buruk, tetapi lebih kepada pengajaran yang saya boleh kongsi hasil observasi saya selaku manusia yang kurang ilmu dan serba lemah ini, dan sudah semestinya ianya hanyalah pendapat peribadi dan konklusi daripada fikiran saya sendiri. Jika kedudukan kita sekarang ini boleh diundi oleh orang bawahan kita setiap 5 tahun Apa yang kita boleh improve jika kedudukan kita sebagai bapa boleh diundi oleh anak2 kita? Adakah anak2 kita akan mengundi kita ber

Tazkirah Ramadhan 2018 v.5 - Adab Berdoa

Assalamualaikum w.k.t Kepada sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita dapat berada dalam bulan Ramadan Al Mubarak ini dan diharapkan dapat meneruskan ibadah puasa sehingga ke hari terakhirnya. Di antara pengisian dalam bulan ini ialah kita diajar untuk memperbanyakkan berdoa. Disini saya ingin menjelaskan tentang adab-adab dalam berdoa. Para Ulama menjelaskan tentang adab dan etika dalam berdoa agar dikabulkan, sebagaimana tuntutan dalam al-Qur‘ân dan Hadis. Al-Baghawi rahimahullah berkata: “Ada etika dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab dikabulkannya doa. Barangsiapa memenuhinya, maka dia akan mendapatkan apa yang diminta dan barangsiapa mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa; sehingga doanya tidak berhak dikabulkan”.[1] Ibnul Qayyim rahimahullah berkata “Kedua ayat berikut mencakup adab-adab berdoa dengan kedua jenisnya (doa ibadah dan doa permohonan); Iaitu firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : ‎ادْعُوا رَبَّكُمْ

Tazkirah Ramadhan 2018 v.4 - Sedekah

Ahad 20 mei 2016 bersamaan 4 ramadhan 1439 Assalamualaikum sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian.. Alhamdulillah hari ni genap hari ke4 kita berpuasa di bulan ramadhan bg thn 2018.. insyaallah di pagi yg mulia ini sy ingin berkongsi dengan shabat2 semua tentang SEDEKAH. Sedekah adalah suatu amalan yang sgt mulia di sisi Islam. Setiap sedekah yg kita hulurkan, pasti akan diberikan ganjaran yang tdk terhingga, malah dosa kita juga turut terhapus disebabkan sedekah itu. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:  “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api”.  (Hadis Riwayat Imam Tirmizi) Selain itu, sedekah juga akan memberi keberkatan pd harta kita. Dengan adanya keberkatan, harta yang sedikit seolah-olah dirasakan byk dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan, harta yang byk dirasakan seakan-akan sempit serta tidak mencukupi meskipun memiliki harta yang byk dan melimpah ruah. sabda nabi s.a.w yang bermaksud:  “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah…” (Hadis Ri

Tazkirah Ramadhan 2018 v.3 - Fitrah

Alhamdulillahirabbil alamin. Puji dan syukur hanya kepada Yang Maha Esa. Selawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. FITRAH "Celakalah orang yang bertemu dengan Ramadhan, tapi keluar daripadanya tanpa diampun dosanya" HR Bukhari. Saya tahu masih banyak hari yang perlu dijalani sebelum kita merayakan "Hari Raya Fitrah". Namun begitu, untuk benar2 dapat merayakan hari tersebut sebagai mukmin yg berjaya, yang keluar dari bulan Ramadhan dlm keadaan suci seperti AIDULFITR  (kembali kepada fitrah), usaha perlu lah bermula sekarang. Saya pilih tajuk ini seawal hari ke 3 Ramadhan supaya kita sama-sama mempertajam fokus kita dari sekarang, dan dapat mempertingkatkan usaha demi menggapai fadhilat ramadhan yang dijanjikanNya. Saudaraku sekalian, Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan. Setiap amalan ibadah yg dilakukan sepanjang bulan ini, selain dapat pahala berganda, dapat pula ampunan dari dosa lalu. "Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan

Tazkirah Ramadhan 2018 v.2 Kepimpinan Dalam Islam

Kepimpinan Dalam Islam Alhamdulillah sudah masuk hari kedua kita berpuasa. Walaupun sudah seminggu lebih PRU14 melabuhkan tirai. Namun bahangnya masih lagi terasa. Untuk tazkirah kali ini, suka ana ingin membawa tajuk "Kepimpinan Dalam Islam." Isu kepimpinan adalah isu yang besar. Kepimpinan yang baik akan membawa kemakmuran dan keamanan kepada negara, manakala kepimpinan yang buruk dan zalim akan membawa porak-peranda kepada negara. Firman Allah SWT: “Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Surah Shaad ayat 26.) Di dalam Islam, telah digariskan ciri-ciri kepimpinan yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah ‘Al Qawiyul Amin’ atau kuat dan amanah. Ini dije

Tazkirah Ramadhan 2018 v.1 - Tidak Meremehkan Apa Jua Amalan Baik.

Assalamualaikum warahmatullah. Izinkan saya berkongsi kalam Nabi kita SAW pada pagi hari pertama bulan yang mulia ini. عن ابي ذر قال، قال النبي صل الله عليه وسلم - عُرِضَت عَلَيَّ أَعمَالُ اُمَّتَي حَسَنُهَا وَ سَيِّئُهَا فَوَجَدْتُ فِي مَحاَسِنِ أَعمَالِهَا الأَذَى يُمَاطُ عَنِ الطَّرِيقِ وَوَجَدتُ فِي مَسَاوِئٍ أَعمَالِهَا اَلنُّخَاعَةُ تَكُونَ فِي المَسجِدِ لَا تُدفَنُ Dari Abi Zar RA katanya, bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Diperlihatkan kepada aku amalan-amalan umatku, yang baik darinya dan juga yang buruk darinya, maka aku mendapati di antara (amalan) yang baik itu, perbuatan mengalihkan gangguan yang terdapat di atas jalan dan aku mendapati di antara (amalan) yang buruk itu, hingus yang dibiarkan tidak dikambus di dalam masjid”. (Hadith Bukhari dan Muslim) Sahabat, tiada yang terlalu kecil dari kebaikan-kebaikan untuk kita abaikan dari melaksanakannya, dan tiada sebarang keburukan yang terlalu kecil untuk kita pandang remeh akan akibatnya. Di dalam hadith yang lai