Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2018 v.2 Kepimpinan Dalam Islam

Kepimpinan Dalam Islam

Alhamdulillah sudah masuk hari kedua kita berpuasa. Walaupun sudah seminggu lebih PRU14 melabuhkan tirai. Namun bahangnya masih lagi terasa. Untuk tazkirah kali ini, suka ana ingin membawa tajuk "Kepimpinan Dalam Islam."

Isu kepimpinan adalah isu yang besar. Kepimpinan yang baik akan membawa kemakmuran dan keamanan kepada negara, manakala kepimpinan yang buruk dan zalim akan membawa porak-peranda kepada negara. Firman Allah SWT:

“Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.”
(Surah Shaad ayat 26.)

Di dalam Islam, telah digariskan ciri-ciri kepimpinan yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah ‘Al Qawiyul Amin’ atau kuat dan amanah. Ini dijelaskan oleh Allah:

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.”
(Surah Al-Qasas ayat 26)

Kuat bermaksud mempunyai kemampuan untuk mentadbir dari sudut fizikal dan kesihatannya, kemampuan berfikir dan menyelesaikan permasalahan, mempunyai daya kreativiti yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan dan kemampuan melaksanakan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Manakala amanah pula bermaksud seorang yang boleh dipercayai, tidak mengambil kesempatan dengan kedudukan atau kuasa yang diperoleh untuk kepentingan peribadi. Amanah juga bererti menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin, jujur dalam kata-kata dan tidak memungkiri janji.

Selain daripada kuat dan amanah, seorang pemimpin yang baik yang patut dipilih adalah mereka yang memiliki ciri-ciri keislaman dan ketakwaan. Pemimpin sebegini akan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindak tanduk mereka kerana mereka yakin bahawa setiap tindakan yang diambil akan dipesoalkan di hadapan Allah pada hari akhirat kelak.

Hari ini, rakyat Malaysia sudah pun memilih. Kita doakan kepimpinan yang ada pada hari ini dapat menjalankan amanah atau tugas dengan sebaik mungkin. Kalau ingin dikupas lagi memang luas tajuk ini. Namun cukuplah sekadar itu sebagai renungan bersama. Semoga kita diberi kekuatan untuk beribadah di bulan yang mulia ini. Salam Ramadan Kareem.

Helmi Ismail
Pasca Siswazah
USM Kejuruteraan
Nibong Tebal, Pulau Pinang

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...