Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2018 v.6 - Manifesto & Ubah Diri

Tazkirah Ramadhan
6 Ramadhan 1439

Assalamualaikum sahabat2 SIS semua, semoga kalian berada dalam kesihatan yang baik hendaknya dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ameen.

Saya cuba menyampaikan tazkirah yang ringkas dan jelas untuk panduan kita bersama pada episod kali ini. Ianya berkenaan ibrah yang boleh kita ambil tentang peristiwa epik yang hangat dibincangkan di mana2 platform sehingga hari ini iaitu PRU14.

Saya tidak berniat untuk mengulas siapa menang, siapa kalah, apa yang akan berlaku seterusnya, baik atau buruk, tetapi lebih kepada pengajaran yang saya boleh kongsi hasil observasi saya selaku manusia yang kurang ilmu dan serba lemah ini, dan sudah semestinya ianya hanyalah pendapat peribadi dan konklusi daripada fikiran saya sendiri.

Jika kedudukan kita sekarang ini boleh diundi oleh orang bawahan kita setiap 5 tahun
Apa yang kita boleh improve jika kedudukan kita sebagai bapa boleh diundi oleh anak2 kita? Adakah anak2 kita akan mengundi kita berdasarkan performance kita for the last 5 years? Syukur, kita masih lagi bergelar bapa dan ketua keluarga sebab tiada undian yang berlaku. Kita tetap bapa dan ketua keluarga walau apa pun pendapat akar umbi terhadap diri kita.

Oleh itu, saya ingin menyarankan kepada semua sahabat2 yang kebanyakannya dan yang bakal menjadi ketua keluarga, jalankan tanggungjawab kita sebagaimana yang dituntut oleh islam dan yang diajar oleh Rasul kita. Adakan manifesto tahunan untuk ahli keluarga kita dan review setiap quarter. Jadikan diri kita relevant kepada ahli keluarga kita sebagaimana kita mahu kerajaan relevant kepada rakyat. 

Pemimpin kita represent bagaimana masyarakat kita Pemimpin kita dilantik dari kalangan kita. Ramai yang tak perasan, apa yang berlaku di peringkat kerajaan sebenarnya sedang berlaku di peringkat organisasi terkecil jugak. Jika kita sebagai boss, lihat diri kita, sama tak macam DS Najib? Jika kita sebagai staff, lihat diri kita, sama tak macam Ahmad Maslan ataupun KJ? Saya pasti tuan2 sudah faham karekter mereka2 ini dan mereka2 ini adalah dari kalangan kita, karekter2 ini berada dalam organisasi yang kita sedang berada di dalamnya. 

Beranikah kita untuk menegur boss yang salah? atau mengikut sahaja kata boss sebab takutkan periuk nasi kita tergadai? tanya dalam dada dan kita pasti tau siapa kita.

Boleh tak kita terima teguran daripada golongan terbawah dalam organisasi kita? atau kita ego dan sombong serta memandang rendah pendapat golongan2 bawahan. tepuk dada tanya iman, kita tau apa jawapannya.

Oleh itu, saya ingin menyeru sahabat2 semua supaya cuba ubah diri kita dan organisasi kita. InsyaAllah kita akan dapat pemimpin dan masyarakat yang kita inginkan. Jangan kita sesekali memperkecilkan ustaz2 yang tidak menonjolkan diri dalam arena politik dan cuba membetulkan masyarakat tentang perkara2 asas, kerana saya yakin perjuangan mereka membentuk masyarakat adalah asas kepada perjalanan kita untuk membentuk pemimpin dan rakyat yang kita inginkan, dan ianya sama penting dengan pejuang2 politik islam.

Saya kira cukup sekadar 2 ibrah yang boleh saya kongsikan pada episod kali ini. Semoga ada perubahan kepada diri saya khususnya dan diri sahabat2 amnya. Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada kelemahan diri saya sendiri. Teruskan dan tingkatkan momentum amal kita sehingga hujung Ramadhan, semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka yang bertaqwa.

Sesungguhnya Allah Maha Tahu.

Ejad
Coach
Paka, Terengganu.

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda t...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...