Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2018 v.9 - Istiqamah

السلام عليكم ورحمة الله...

Tazkirah ringkas untuk peringatan bersama. InsyaAllah...

*Maksiat Menghalang Cahaya Ilmu*

Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran. Tidak kira sama ada ilmu duniawi mahu pun ukhrawi.

Imam al-Syafie pernah menasihatkan kita:

“Sesiapa yang inginkan dunia, dia mestilah mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan akhirat, dia mesti mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dia mempunyai ILMU.”

Namun demikian sahabat, bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang kita pelajari, kita perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh memadamkan cahaya dan keberkatan ilmu itu sendiri. Sebaliknya, sebagai seorang penuntut ilmu (kita adalah penuntut ilmu selama mana kita masih hidup), kita perlu menghiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji seperti berakhlak mulia, jujur, amanah, menghormati dan memuliakan orang lain, tidak meremeh-remehkan, merendah-rendahkan, atau menyalahkan orang-orang yang berbeza pendapat dengannya dan sebagainya.

Ingatlah, kata-kata Imam al-Syafie dalam syairnya:

شَكَوْتُ إلَى وَكِيعٍ سُوءَ حِفْظِي
, فَأرْشَدَنِي إلَى تَرْكِ المعَاصي
وَأخْبَرَنِي بأَنَّ العِلْمَ نُورٌ,
ونورُ الله لا يهدى للعاصي

Maksudnya:

“Aku mengadu kepada guruku Waki’ mengenai buruknya hafalanku.
Dia membimbingku supaya meninggalkan segala maksiat.
Dia memberitahuku bahawa ilmu adalah cahaya.
Dan cahaya Allah tidak memberi petunjuk kepada pelaku maksiat.”

*Istiqamah dalam bertaubat*

Semua orang tak pernah maksum melainkan Nabi. Kita pasti akan melakukan dosa sama ada kecil atau besar, sengaja atau tak sengaja. Kerana kita manusia yang cukup lemah.

Hadith riwayat Ahmad, yang mana Nabi SAW bersabda:

‎استقيموا ولن تحصوا

Bermaksud: “Istiqamahlah kamu walaupun kamu takkan mampu…”

Ulama’ mentafsirkan hadith ini dengan sepotong ayat Al-quran dalam surah Fussilat ayat ke-6:

‎فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ

Bermaksud: “Maka hendaklah kamu beristiqamah di atas jalan yang lurus, serta pohonloh ampun kepadaNya..”

Dua kata kunci dari ayat ini ialah: *ISTIQAMAH* dan *MEMINTA AMPUN*.

Bermakna, Allah dan Rasul tahu, bahawa, kita tak mampu istiqamah dalam semua perkara. Sebagai manusia, kita takkan terlepas dari dosa dan noda.

Maka, hakikat *ISTIQAMAH* yang di maksudkan ialah *ISTIQAMAH DALAM BERTAUBAT*.

Walaupun kita dah taubat, lalu kita ulang kembali dosa, maka taubatlah kembali. Andai kita jatuh lagi ke dalam lembah maksiat, bangkit dan bertaubatlah kembali. Andai sekali lagi kita tergelincir ke dalam dosa, bangun dan bertaubatlah kembali!

Seperti mana kita kerap melakukan dosa, maka, sekerap itu jugalah kita perlu bertaubat! Jangan sesekali putus-asa dalam bertaubat.

Pengampunan Allah itu maha luas. Kasih sayang Allah itu maha dahsyat!

Lalu, apa lagi alasan untuk kita tidak terus bangkit melakukan perubahan? Bangkit dan bertaubatlah!

Moga-moga kita di kurniakan syurga Allah atas usaha dan pengorbanan kita kembali padaNya!

والله اعلم...
Ahmad Shahriman
9 Ramadhan 1439h
25 Mei 2018

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...