Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2018 v.8 - Merasa Cukup

Assalamualaikum wbt semua sahabat-sahabat SIS yang dimuliakan Allah. Alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk menjalani Ramadhan yang ke-8 pada hari ini. InsyaAllah hari ini ana nak berkongsi sedikit beberapa pesan-pesan yang menggugah.

Ramai orang berusaha keras dan menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan rumah impian besar, atau kereta impian yang hebat dan laju, atau handphone yang baru dan sebagainya. 

Tetapi masalahnya dengan minda manusia, tidak kira apa yang kita dapat, akhirnya kita akan terbiasa dan akan menjadi seperti normal di mata kita seperti baju yang kita pakai hari-hari.

Faktanya, segala yang kita dapat/kecapi hari ini sebenarnya merupakan "upgrade" dari sebelumnya.

Sebuah banglo mewah adalah "upgrade" dari sebuah apartment, dan sebuah apartment adalah "upgrade" dari tiada rumah langsung. IPhone X adalah "upgrade" dari Nokia 3310, dan Nokia 3310 adalah "upgrade" dari public phone tepi jalan atau telepon tetap TELEKOM/SAPURA dulu-dulu. Kereta Audi Q7 adalah "upgrade" dari Toyota Corolla lama, dan Toyota Corolla lama adalah "upgrade" dari perlu menunggang kuda beratus-ratus kilometer untuk sampai ke tempat yang kita nak pergi.

Mungkin kita tak sangka, kebanyakan rakyat "kelas menengah" di dunia hari ini hidup lebih mewah daripada kebanyakan raja-raja yang hebat atau "emperor' pada zaman dahulu.

Kita ada hampir semua jenis makanan yang dapat kita bayangkan tersedia untuk kita dalam masa beberapa minit, menaiki kenderaan yang sebelum ini dianggap sebagai kenderaan ajaib yang melindungi kita dari cuaca panas,sejuk dan hujan sepanjang tahun, berjalan dengan kasut yang diperbuat daripada material yang lebih selesa dari yang pernah dipakai oleh semua orang dalam sejarah dunia dan sambil kita berjalan-jalan, kita bawa davice/gajet yang lebih canggih dan hebat daripada semua komputer yang menghantar roket pertama ke bulan dahulu.

Mana-mana satu daripada perkara di atas jika dibawa ke 1000 tahun dulu akan menjadikan kita seorang raja di bumi pada waktu tu.

Tetapi kita akhirnya akan terbiasa dengan kemewahan ini; DAN itulah bagaimana Allah (SWT) mengkehendaki bagaimana otak/minda kita berfungsi. Dan ada pengajaran yang sangat penting iaitu:Tidak kira apa yang kita miliki, kita akan terbiasa dengannya seperti semua orang lain juga

Kuncinya adalah "kecukupan".

Jika orang miskin yang selesa dan gembira serta merasa "cukup" dengan apa yang dia ada, dia hidup dalam kehidupan yang sama seperti seorang jutawan yang berpuas hati, selesa, dan gembira serta merasa "cukup" dengan apa yang dia ada. Dan jika orang miskin tadi sentiasa mengharapkan kemewahan dan tidak berpuas hati atau bahagia dengan apa yang dia ada, maka dia akan menjadi tidak puas dan tidak bahagia seperti seorang jutawan yang mencari LEBIH banyak kemewahan.

Dari Abu Hurairah (رضي الله عنه) Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) bersabda:

"Lihatlah orang-orang yang berada di bawah kamu dan janganlah melihat orang-orang yang berada di atas kamu, kerana hal itu lebih patut agar engkau sekalian tidak menganggap rendah nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu"

[Muttafaq Alaih]

Baginda (صلى الله عليه و سلم) juga bersabda:

"Barangsiapa berada dalam kondisi aman di pagi hari,tidak ditimpa penyakit dan memiliki makanan untuk ia makan pada hari itu,maka seolah-olah dunia telah terkumpul baginya."

Orang yang berpuas hati dengan perkara-perkara sederhana yang telah diberikan oleh Allah SWT sama tarafnya dengan orang yang memiliki seluruh dunia, kerana keduanya akan terbiasa dengan kekayaan mereka sendiri dan taraf hidup mereka sendiri, dan semuanya akan kelihatan sama di mata mereka pada akhirnya.

Sebagai penutup,semoga Allah SWT memberikan keberkatan dan "kecukupan" dalam harta dan rezeki kita, dan melindungi kita dari memandang kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada orang lain.

Hafeez Abdul Wahab (Fewab Lasah)

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...