Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2018 v.1 - Tidak Meremehkan Apa Jua Amalan Baik.

Assalamualaikum warahmatullah.

Izinkan saya berkongsi kalam Nabi kita SAW pada pagi hari pertama bulan yang mulia ini.

عن ابي ذر قال، قال النبي صل الله عليه وسلم - عُرِضَت عَلَيَّ أَعمَالُ اُمَّتَي حَسَنُهَا وَ سَيِّئُهَا فَوَجَدْتُ فِي مَحاَسِنِ أَعمَالِهَا الأَذَى يُمَاطُ عَنِ الطَّرِيقِ وَوَجَدتُ فِي مَسَاوِئٍ أَعمَالِهَا اَلنُّخَاعَةُ تَكُونَ فِي المَسجِدِ لَا تُدفَنُ

Dari Abi Zar RA katanya, bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Diperlihatkan kepada aku amalan-amalan umatku, yang baik darinya dan juga yang buruk darinya, maka aku mendapati di antara (amalan) yang baik itu, perbuatan mengalihkan gangguan yang terdapat di atas jalan dan aku mendapati di antara (amalan) yang buruk itu, hingus yang dibiarkan tidak dikambus di dalam masjid”. (Hadith Bukhari dan Muslim)

Sahabat, tiada yang terlalu kecil dari kebaikan-kebaikan untuk kita abaikan dari melaksanakannya, dan tiada sebarang keburukan yang terlalu kecil untuk kita pandang remeh akan akibatnya. Di dalam hadith yang lain, dari Abu Hurairah RA, Baginda SAW bersabda,

بَينَما رَجُلٌ يَمشِي بِِطَرِيقٍ وَجَدَ غُصنُ شَوكٍ عَلَى الطَّرِيقِ فَأَخَّرَهُ شَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ

“Bahawa ada seorang lelaki yang melalui satu jalan dan mendapati ranting berduri pada jalan itu dan membuangnya, Allah suka dengan perbuatan itu lalu mengampunkannya.” (Hadith riwayat Muslim)

Kita tidak tahu amalan kita yang mana akan membawa kita ke syurga. Sebagaimana yang kita maklum juga, kita akan mendengar pesanan-pesanan dan anjuran-anjuran kebaikan dari sahabat-sahabat  kita sepanjang bulan yang mulia ini, justeru saya panjangkan pesanan Imam Nawawi rahimahullah untuk renungan. Beliau menulis sekiranya sampai kepada pengetahuan kita satu amalan baik, maka hendaklah kita berusaha utk mengerjakan amalan baik tersebut walaupun hanya sekali, mudah-mudahan disebabkan yang sekali itu (apatah lagi kalau lebih) kita dikira sebagai “ahli amalan tersebut” yakni kita dimasukkan ke dalam golongan yang pernah pernah beramal dgn amalan baik tersebut di hari kiamat kelak.

Dengan beransurnya kehangatan pilihan raya, saya mengambil peluang menyusun sepuluh jari memohon ampun atas silap tutur kata dan apa-apa telah saya taip, yang mengguris nurani sahabat semua. Mohon doakan saya dan keluarga saya agar beroleh kebaikan bulan yang mulia. Selamat beribadah sahabat semua.

Noor
1 Ramadhan
Putrajaya

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...