Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2018 v.3 - Fitrah

Alhamdulillahirabbil alamin. Puji dan syukur hanya kepada Yang Maha Esa. Selawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

FITRAH

"Celakalah orang yang bertemu dengan Ramadhan, tapi keluar daripadanya tanpa diampun dosanya" HR Bukhari.

Saya tahu masih banyak hari yang perlu dijalani sebelum kita merayakan "Hari Raya Fitrah". Namun begitu, untuk benar2 dapat merayakan hari tersebut sebagai mukmin yg berjaya, yang keluar dari bulan Ramadhan dlm keadaan suci seperti AIDULFITR  (kembali kepada fitrah), usaha perlu lah bermula sekarang. Saya pilih tajuk ini seawal hari ke 3 Ramadhan supaya kita sama-sama mempertajam fokus kita dari sekarang, dan dapat mempertingkatkan usaha demi menggapai fadhilat ramadhan yang dijanjikanNya.

Saudaraku sekalian,
Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan. Setiap amalan ibadah yg dilakukan sepanjang bulan ini, selain dapat pahala berganda, dapat pula ampunan dari dosa lalu.
"Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan di mana Allah ta’aala wajibkan berpuasa dan aku sunnahkan kaum muslimin menegakkan (sholat malam). Barangsiapa berpuasa dengan iman dan dan mengharap ke-Ridhaan Allah ta’aala, maka dosanya keluar seperti hari ibunya melahirkannya.” (HR Ahmad )

Berpuasa di bulan ramadhan mendapat jaminan penghapusan dosa; "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah maka dosanya di masa lalu akan diampuni”. (HR. Bukhari No. 38 dan Muslim). 

Terawih dan tahajjud pon dapat ampunan dari dosa; "Barangsiapa mendirikan solat malam pada bulan Ramadhan, diampunkan dosanya Allah"

Sedekah makan iftar pon dapat ampunan; "Barangsiapa yg didalamnya (bulan Ramadhan) memberi iftar kpd org yg berpuasa, nescaya hal itu menjadi sebab atas pengampunan dosa - dosanya dan menghindarkan dirinya dari api neraka"

Kalau beruntung bertemu malam Lailatul Qadar, pastinya semua dosa yang menggunung diampun Allah;
"Barangsiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni." (HR. Bukhari )

Saudaraku sekalian, sesungguhnya pintu ampunan Allah sangat luas. Bila kita baca ayat2 dan hadis2 mengenai sifat Allah yg Maha Pengampun, boleh menitik air mata. Kenapa kita selalu lupa istighfar. Kenapa kita selalu putus harap dgn rahmat Allah.

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Az Zumar: 53-54).

“ALLAH lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemui kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun.” HR al-Bukhari & Muslim

"Wahai anak adam! sesungguhnya jika engkau berdoa kepadaKU dan berharap kepada-KU, niscaya AKU akan kurniakan keampunan buatmu atas apa yang engkau telah lakukan, dan AKU tidak peduli, 
Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu tinggi sampai menyentuh awan di langit, kemudian engkau memohon ampun pada-KU, niscaya AKU akan kurniakan keampunan buatmu, Wahai anak Adam, sesungguhnyajika engkau datang kepada-KU dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-KU dalam keadaan tidak berbuat syirik terhadap-KU dengan sesuatu, niscaya AKU akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi juga" (HR. Tirmidzi, ia berkata, hadith ini hasan sahih.)

Oleh itu saudaraku sekalian, mari lah kita rebut tawaran yang diberikan oleh Allah kepada kita sepanjang bulan mulia ini. Kita ada 27 hari lagi utk merayu keampunan dari ilahi. Ayuh kita perbanyak istighfar, dan bertaubat atas dosa2 yang telah kita lakukan. Semoga bulan ini berakhir indah, kita keluar tanpa dosa seperti anak yang baru lahir. Amin

Dr Khairul Ikhwan

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda t...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...