Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2018 v.4 - Sedekah

Ahad 20 mei 2016 bersamaan 4 ramadhan 1439
Assalamualaikum sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian.. Alhamdulillah hari ni genap hari ke4 kita berpuasa di bulan ramadhan bg thn 2018..

insyaallah di pagi yg mulia ini sy ingin berkongsi dengan shabat2 semua tentang SEDEKAH.

Sedekah adalah suatu amalan yang sgt mulia di sisi Islam. Setiap sedekah yg kita hulurkan, pasti akan diberikan ganjaran yang tdk terhingga, malah dosa kita juga turut terhapus disebabkan sedekah itu. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

 “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api”.
 (Hadis Riwayat Imam Tirmizi)

Selain itu, sedekah juga akan memberi keberkatan pd harta kita. Dengan adanya keberkatan, harta yang sedikit seolah-olah dirasakan byk dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan, harta yang byk dirasakan seakan-akan sempit serta tidak mencukupi meskipun memiliki harta yang byk dan melimpah ruah. sabda nabi s.a.w yang bermaksud:

 “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah…”
(Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, sempena bulan Ramadhan yg mulia ini, marilah sama2 kita meringankan tangan utk bersedekah semampu yg mungkin, menyediakan juadah berbuka puasa kepada jiran ataupun saudara seagama kita dan sebagainya. Ingatlah ganjaran yang disebutkan oleh nabi s.a.w yg bermaksud:

“Sesiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad & At-Tirmizi)

Jadi marilah kita bersama2 mengamalkan sifat bersedekah ini tidak kira kepada sesiapa saja yg memerlukan.. insyaallah

hassan hassim
madinah al munawwarah

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...