Skip to main content

Menjaga Diri Dari Penyakit Hati

Assalamualaikum.

Salam pagi 24 Ramadhan. Moga hari ini berterusan istiqamah kita dlm meningkatkan ibadah kpd Allah swt.

Ikhwan yg dikasihi,

Hari ini, saya ingin mengingatkan kita tentang pentingnya kita menjaga diri kita dari penyakit hati terutamanya ujub, riak dan takabbur. Antara ketiganya ada persamaan ketara namun sedikit berbeza.


Ujub.
Bermaksud perasaan bangga diri bila melakukan kebaikan. Ujub dtg dlm bisikan hati, tanpa perlu diungkapkan dgn lisan. Contohnya, jika kita baru solat sunat tahajjud, terdetik dlm diri "baik juga aku ni ye". Atau tatkala update status di Facebook berkenaan tazkirah, timbul rasa bangga kerana dpt 30 like.

Riak.
Riak ialah melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana Allah. Riak diumpamakan syirik kecil kerana riak adalah lawan ikhlas, dlm ertikata lain, tidak sepenuhnya percaya bahawa Allah sahaja yang boleh membalas kebaikan yg dilakukan. Orang yang riak, tidak istiqamah perbuatannya. Jika ada org, dia beramal kerana ingin menunjuk-nunjuk. Jika tiada orang, tiada amalan. Dan jika orang memuji, dia menambah amalan, serta menguranginya jika orang mencela.

"Sesungguhnya aku paling takuti atas kalian ialah syirik kecil" ujar para sahabat, "Apakah itu syirik kecil,?" kata Rasulullah "Itulah riak" (Hadith Riwayat Ahmad)

Takabbur.
Takabbur ialah bangga diri, dan memandang rendah orang lain. Sebagai contoh, jika kita membeli pakaian yang mahal, kita menghebahkan dengan niat untuk memandang rendah kepada orang yg tidak berkemampuan. Atau dalam ibadah, jika kita mampu qiamullail, kita memperkecilkan orang yg tidak qiamullail, sedangkan amalan itu wajar disembunyikan.

Ikhwan yg dikasihi,

Demikian serba ringkas mengenai 3 penyakit hati itu. Segalanya berpunca balik kpd keimanan penuh dan bukan sekadar percaya bahawa Allah sahaja yg layak menilai dan membalas amalan kita.


قُلۡ إِن تُخۡفُواْ مَا فِى صُدُورِڪُمۡ أَوۡ تُبۡدُوهُ يَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُ‌ۗ وَيَعۡلَمُ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 
(Surah Ali Imran ; 29)

Sesungguhnya tazkirah ini untuk diriku. Andai ada maanfaat untuk kalian, maka ambillah. Jika salah, tolong betulkan.

Wallahu a'lam.

Disumbangkan oleh M.Khairi

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...