Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Iftar 2015 - Melaka

Tanggal 27 Jun 2015, suatu program iftar telah dihoskan oleh saudara Dr Khairul Ikhwan di kediaman beliau di Melaka. Majlis tersebut dihadiri oleh 10 orang warga SIS 97-01. Acara berlangsung dengan ketibaan tetamu seawal 3.30 petang, diikuti dengan tahlil tepat jam 7.00 petang. Tetamu terawal, diberitahu Melaka jem. JemNya. Kemeriahan sudah terasa   Tahlil tapi mata menjeling cerita Transformers An gelak tengah tahlil. Tuan rumah melayan tetamu yang hadir. Selepas berbuka puasa, para tetamu solat fardhu maghrib berjemaah dan diikuti dengan sesi menjamu selera yang hanya berhenti apabila masuk waktu solat fardhu isya'. Solat fardhu isya' diikuti dengan solat sunat terawih dan disudahi dengan sesi menjamu selera yang seakan tidak berhenti, sedangkan hujan lagikan renyai. Solat Isya berjemaah. Masih ada yang masbuq Sesi bergambar sebelum bersurai - (tiada dalam gambar Fadzlie Nazuri dan Shahril Shah). Tidak berhenti setakat itu

TAZKIRAH V12 - BENTUK PERIBADI ISLAM DENGAN TADARUS AL-QURAN

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..salam 12 ramadhan.. Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya:  Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda." (Hadis riwayat Bukhari).  Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah - mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka - melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya." (Hadis ri

Tazkirah V.11 - Makna Aidilfitri dan Hakikatnya

Assalaamualaikum semua sahabat sahabat dan salam 11 ramadhan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.  Perkataan ‘Aid’ atau (‘id) pada awal kata Aidulfitri adalah bermaksud perayaan. Perkataan ‘fitri’ atau (fitr) pula pulang kepada makna Fitrah. Di dalam bahasa arab, kita sering menyebutnya dengan ejaan begini: ‘idulfitr. Perkataan ‘id + al-fitr. Melihat semula maknanya, maka hakikatnya Aidilfitri ini adalah perayaan merayakan fitrah. Fitrah apakah yang hendak dirayakan ini? Mengapa namanya demikian? Maka di sinilah kita perlu melihat semula kepada Ramadhan. Apakah kegunaan Ramadhan? Ramadhan adalah kem pengislahan diri, peningkatan peribadi, pembersihan hati. Sekiranya kita benar-benar mengisi Ramadhan dengan baik, maka kita akan keluar daripada menjadi seseorang yang baru. Seseorang yang seakan bayi baru lahir. Suci sesuci fitrahnya yang sebenar. Kita akan kembali kepada fitrah kita yang hakiki, yakni menjadi hamba Allah SWT yang taat. Aidilfitri

Tazkirah V10 - Ramadhan, Tepung Pelita Dan Kuih Tako

Assalamualaikum dan salam 10 Ramadan.. Rakan2 yang saya kasihi sekalian.. I'ALLAH perkongsian pagi ini bersifat santai bg meraikan hari cuti Sabtu.. Dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pentazkirah yang sebelum dan selepas dalam usaha memberikan ilmu kepada kita semua.. Tajuk tazkirah pada pagi ini adalah Tepung Pelita.. Kita andaikan kuih tepung pelita dengan bulan Ramadan.. kita tahu bahawa Ramadan menjelma, maka kuih tepung pelita pun menjelma.. maka kita boleh anggap diri kita seperti tepung pelita dimana kita hanya muncul semasa ramadan sahaja.. kita pergi ke masjid hanya pada bulan ramadan.. kita berzikir dan membaca Al Quran apabila tiba bulan ramadan sahaja.. tidakkah itu satu kerugian kepada diri kita.. oleh itu, ibadah ini perlu diteruskan pada bulan bulan yang lain selain bulan ramadan.. Rakan2 yang dikasihi.. Kita juga ketahui bahawa terdapat sejenis kuih yg seakan akan seperti tepung pelita namun ianya bukan tepung pelita.. kuih ini digelar sebagai ku

Tazkirah v9.0 - Kemanisan Iman

Assalamualaikum Segala pujian hanya layak untuk Allah,pencipta dan penguasa sekalian alam.kepadaNya lah sahaja diri ini berserah.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad Rasulullah yang kita cintai KEMANISAN IMAN Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman 1) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul) 2) Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah 3) Benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain) Iman adalah meyakini didalam hati,melafazkan dgn lisan,dan menzahirkan dgn perbuatan.ada segolongan dari manusia yg keyakinannya teguh,tanpa secuit ragu-ragu terhadap apa yg dibawakan oleh Rasulullah.namun masih lalai dalam maksiat.tidak mampu menghindar diri dari perkara-perkara haram,atau tidak mampu istiq

Tazkirah v8.0 - Perancangan Manusia itu Usaha, Perancangan Allah itu Takdir

Assalammualaikum, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Perancangan Manusia itu Usaha, Perancangan Allah itu Takdir "Bila takdir berbicara, lidah kelu tidak terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah. Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun -NYA. Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA disetiap langkah" Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan apa yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya. "...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat A

Tazkirah v7.0 - Taqwa, Hope For The Hopeless and Repentance.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, today marks the seventh day of our blessed journey into the precious months of Ramadhan. Continuing the tradition of daily Ramadhan reminders (tazkirah) and in the spirit of English day of our group, I'm truly honoured to share some knowledge and thoughts on the special months of Ramadhan.  Before I begin, let me just state that my sharing today are mainly sourced from my all time favourite, Ustaz Nouman Ali Khan's (UNAK) lecture on the month of Ramadhan. I'll provide the link to the lecture below and I truly believe that we can all benefit from watching it. From the first tazkirah of Ramadhan, our dear Mr President has shared with us of the wisdom of Ramadhan which is taqwa. As stated in the 183rd verse of Al-Baqarah; لعلكم تتقون - we fast so that we'll achieve taqwa. Taqwa is often defined as the fear of Allah, but UNAK mentions that it's derived from the word 'wiqoya' which means, prote

Tazkirah v6.0 - Hanya Kerana Rahmat Allah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia! Sahabat sekalian,  Betapa beruntungnya kita ditemukan semula dengan ramadhan buat kesekian kalinya pada tahun ini. Alhamdulillah.   Sudah semestinya menjelang ramadhan yang mulia ini, kita sebagai orang yang beriman akan/telah berkejar kejar mengejar kebaikan, dek kerna ganjaran yang lumayan dijanjikan Allah. Budaya beribadat dilihat membuak buak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang bersolat malam, bertadarus AlQuran, bersedekah, menjamu iftar, bertarawih dan berbagai bagai lagi amalan ibadah umum dan khusus sepanjang bulan mubarak ini. Sebagai satu tool untuk check and balance, izinkan anaNya berkongsi sepotong hadith yang berbunyi: Rasulullah saw bersabda: Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusah

Tazkirah v.5.0 - Pelayaran Mencari Taqwa

Segala puji bagi Maha Pencipta kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas sehingga saat ini untuk berzikir mengingatiNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sering kita rindui. Semoga syafaat Baginda bersama kita kelak. Sahabat2 syurgaku, Dalam kita mencari Taqwa dari hari ke hari, ketahuilah bahawa syaitan tidak pernah berputus asa untuk menggagalkan pelayaran kita dalam mencapai erti sebenar taqwa. Bukan ingin menyalahkan syaitan dalam setiap perbuatan dosa kita, tetapi untuk sentiasa beringat bahawa syaitan dari kalangan jin dan manusia seringkali mendampingi kita untuk menyesatkan kita dengan cara apa sekalipun seperti janjinya kepada Allah untuk menyesatkan setiap anak adam di muka bumi ini. Percayalah bahawa syaitan telah lama putus asa untuk menyuruh setiap insan yang solat untuk menyembahnya. Itu taktikal yang digunakan untuk mereka yang tidak solat dan tidak beriman. Syaitan akan terus membiarkan mereka dalam kesesata

Tazkirah v 4.0 - Redha: Penguat Di Tengah Himpitan Musibah

Assalamua'laikum sahabat yang saya kasihi sekalian. Berikut merupakan tajuk tazkirah yang ingin saya sampaikan pada hari ini. Redha: penguat di tengah himpitan musibah Kisah ‘Urwah, anak pasangan hebat sahabat Nabi al-Zubair Bin al-‘Awwam dan Asma’ Binti Abu Bakar As-Siddiq. Suatu hari ‘Urwah diundang oleh Khalifah Walid Bin Abdul Malik untuk datang ke istananya di Sham. Dalam perjalanan sesuatu terjadi pada kakinya sehingga timbul sebuah bisul yang pecah dan menjadi luka. Tiba di Syam, Khalifah mendatangkan seorang tabib untuk memeriksa luka tersebut. Tabib itu menasihatkan supaya kaki tersebut dipotong kerana jangkitannya tidak dapat dihentikan dan bakal membahayakan seluruh badan jika tidak dipotong. ‘Urwah setuju. Tabib menasihatinya untuk meminum ubat bius terlebih dahulu sebelum operasi dijalankan namun dia menolak. Pada hematnya, ‘Urwah ingin sentiasa sedar mengingati Allah meski pada keadaan yang sangat meyeksakan. Akhirnya tabib memotong kakinya dengan gerg

Tazkirah v3.0 - Mencapai Darjat Puasa Orang Solihin Dan Muttaqin

Alhamdulillah... Kita masih diberikan kesempatan untuk bersama Ramadhan 1436h pada tahun ini... Ini masa terbaik untuk kita bermuhasah dan tingkatkan amalan kita untuk meninggikan taqwa kita kepada Allah swt. Semoga puasa kita bukan sahaja hanya 'puasa' semata-mata, bahkan kita mendapat kualiti yang sebenar sebagai seorang mukmin. Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian... Dalam kitab Sair as-salikin, pengarang ada menyebut bahawasanya untuk mencapai darjat puasa orang solihin dan muttaqin, ianya bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, malahan menegahkan diri dari berbuat maksiat dan perbuatan yang sia-sia. Maka hasil kesempurnaan puasa mereka seperti berikut: 1) menahan mata dari melihat sesuatu yang melalaikannya daripada zikrullah.  Sabda Nabi SAW: "melihat dengan syahwat itu ibarat satu anak panah yang dibubuh racun daripada beberapa panah iblis. Barangsiapa meninggalkan perkara itu kerana takut akan Allah, nescaya diberikan Allah iman

Tazkirah v2.0 - ISTIQAMAH BIARPUN SEDIKIT

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk sama-sama meneruskan puasa di hari yang ke 2 ini. Bertambah berkat lagi kerana hari ni sayyidil ayyam, Jumaat barokah dan juga Ramadhan. Ashabul fadilah yang dikasihi, Bulan ramadhan yg mulia ialah bulan ibadah, namun hendaklah kita mengelakkan diri menjadi abdul ramadhan atau hamba ramadhan. Apa itu hamba ramadhan? Iaitulah bila ramadhan yang datang menyebabkan kita berpulun-pulun untuk beribadah, tapi kita tinggalkan segalanya menjelang Syawal tanpa ada perbezaan dengan diri kita sewaktu sebelum ramadhan. Kita hanya kembali beribadat pada ramadhan yang akan datang pula. Perkara ini tidak terhad kepada amalan saja, bahkan kebersihan hati dan mujahadah melawan dosa juga termasuk. Mengapa dalam bulan ramadhan kita dapat menjaga hati dari bersangka buruk, menjaga lidah dari mencarut tetapi kita tinggalkan segalanya menjelang pagi 1 Syawal? Di mana yang dikatakan ramadhan itu b

Tazkirah v1.0 - MATLAMAT SEBENAR BERPUASA: ADAKAH UNTUK MENGEJAR PAHALA?

Bersempena Ramadhan 1436H, suatu senarai pentazkirah telah disediakan oleh warga SIS 97-01 dan seramai 30 orang akan menyampaikan tazkirah mereka setiap hari di bulan yang mulia ini. Tazkiran tersebut akan dikongsikan di platform Whatsapp dan akan diabadikan di laman sesawang ini. Berikut adalah Tazkirah v1.0, Ramadhan 1436H. MATLAMAT SEBENAR BERPUASA: ADAKAH UNTUK MENGEJAR PAHALA? Segala puji-pujian hanyalah selayaknya buat Tuhan Pencipta. Sebaik-baik selawat dan salam buat Rasul tercinta. Segala kebaikan buat mereka yang memenuhi tuntutan keduanya. Ramadhan tiba lagi dan kita terpilih untuk bertemu dengannya. Dalam bulan mulia ini, kita berpuasa, mendirikan malamnya, memberi makan kepada yang berpuasa, menghulurkan bantuan kepada yang kurang berupaya, tak kurang juga yang berhasrat untuk menurunkan berat badan agar lebih ideal. Jadi apa yang kita kerjakan itu, adakah untuk pahala, keredhaanNya, Keampunan ataupun puji-pujian manusia. Firman Allah di dalam Surah Al Ba

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahun da