Skip to main content

Tazkirah v2.0 - ISTIQAMAH BIARPUN SEDIKIT


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk sama-sama meneruskan puasa di hari yang ke 2 ini. Bertambah berkat lagi kerana hari ni sayyidil ayyam, Jumaat barokah dan juga Ramadhan.

Ashabul fadilah yang dikasihi,

Bulan ramadhan yg mulia ialah bulan ibadah, namun hendaklah kita mengelakkan diri menjadi abdul ramadhan atau hamba ramadhan. Apa itu hamba ramadhan? Iaitulah bila ramadhan yang datang menyebabkan kita berpulun-pulun untuk beribadah, tapi kita tinggalkan segalanya menjelang Syawal tanpa ada perbezaan dengan diri kita sewaktu sebelum ramadhan. Kita hanya kembali beribadat pada ramadhan yang akan datang pula. Perkara ini tidak terhad kepada amalan saja, bahkan kebersihan hati dan mujahadah melawan dosa juga termasuk. Mengapa dalam bulan ramadhan kita dapat menjaga hati dari bersangka buruk, menjaga lidah dari mencarut tetapi kita tinggalkan segalanya menjelang pagi 1 Syawal? Di mana yang dikatakan ramadhan itu bulan tarbiyah?

Namun begitu, bukan bermakna kita tidak patut bersungguh-sungguh mengejar pahala ramadhan. Tidak sekali-kali. Kelak kita menjadi orang yang rugi. Tapi jadikan ada amalan tertentu yang boleh kita jadikan amalan biarpun selepas ramadhan. Ingatlah ramadhan ini bukan matlamat tapi hadiah Allah untuk memperbaiki diri kita.

Jika kita jarang ke masjid, maka jadikan amalan kita yang pulun masa terawih sabagai permulaan untuk melazimkan diri ke masjid walaupun selepas hari raya nanti. Jika kita jarang baca Quran, maka jadikan amalan mengkhatam Quran masa ramadhan sebagai pemangkin untuk kita baca Quran walaupun satu muka sehari. Itulah bukti bahawa kita berjaya menterjemahkan konsep yg betul tentang bulan tarbiyah itu nanti.

Sahabat yg dirahmati Allah,

Hayati maksud Firman Allah dlm surah al-ahqaf ayat 13 dan 14,

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata Allah tuhan kami, lalu mereka istiqamah, maka tiada ketakutan bagi mereka dan mereka tidak akan bersedih. Mereka itulah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya sebagai balasan atas apa yg mereka kerjakan"

Sudah pasti istiqamah itu sendiri salah satu ciri kpd taqwa seperti yang diulas oleh Presiden semalam.

Moga kita dapat meneruskan ramadhan ini dengan penuh tawadhuk dan berjaya menjadikan kita hamba yg rabbani Kelak.

Sekian. Wassalam.

-Khairi Kamaruddin-

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...