Skip to main content

Tazkirah v7.0 - Taqwa, Hope For The Hopeless and Repentance.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, today marks the seventh day of our blessed journey into the precious months of Ramadhan. Continuing the tradition of daily Ramadhan reminders (tazkirah) and in the spirit of English day of our group, I'm truly honoured to share some knowledge and thoughts on the special months of Ramadhan. 

Before I begin, let me just state that my sharing today are mainly sourced from my all time favourite, Ustaz Nouman Ali Khan's (UNAK) lecture on the month of Ramadhan. I'll provide the link to the lecture below and I truly believe that we can all benefit from watching it.

From the first tazkirah of Ramadhan, our dear Mr President has shared with us of the wisdom of Ramadhan which is taqwa. As stated in the 183rd verse of Al-Baqarah; لعلكم تتقون - we fast so that we'll achieve taqwa. Taqwa is often defined as the fear of Allah, but UNAK mentions that it's derived from the word 'wiqoya' which means, protection. Thus Taqwa can be defined as seeking protection, or the ability to protect ourselves. So how does the month of Ramadhan help us in gaining the ability to protect ourselves? That is by becoming the training ground for us. During Ramadhan, we are actually training our heart to defy various urges in our lives. The urge of hunger from the tummy, the urge of thirst from our throat, the urge of nicotine fix from the brain. In fighting the urge, we're training our heart to be strong. To win the war, and Allah allows us to train in a controlled difficulties (no syaitan). So that we'll achieve Taqwa by the end of the month; our heart strong enough to defy any indecent urges of our body and mind. 

Allow me to continue a bit longer than the usual length of our tazkirah. Please listen to the durus on the ayat 185 in the lecture because I'm going to skip that part, not because it's of less importance but because I truly feel that you need to hear it from UNAK. By the way, it's the only verse where the word Ramadhan is mentioned (I hope it'll trigger your interest). 

Let me try to rephrase the lesson from ayat 186. In this verse, Allah guarantees that no one is beyond helping. No matter how disgusting and evil we think we are, irregardless of how disconnected we have been from Allah, all that is required is a single  call (prayer) to Allah, then Allah is near (فإنى قريب). So who we are to punish ourselves and others around us by putting the 'hopeless' label when Allah guarantees that when we ask of him, he's always there for us. The word used here is "when" we ask of him, not "if", and Allah talks about this still within the verses regarding Ramadhan; The best months for us to get closer to Him, to repent and to seek His forgiveness. So let us grab this golden opportunity with what's left of this month to get even closer to Allah. 

Before I ended the tazkirah today, allow me to add another advice. Let's us also take the opportunity of qiyamullail during Ramadhan to repetitively repent and seek for his forgiveness especially through the Taubah Prayer. For those like me who struggle everyday to refrain from commiting sins, let us take solace in his mercy. For those fortunate ones who rarely strays from the righteous path, repent & seek forgiveness nevertheless, for any shortcomings and imperfections. I once read on the virtue of Taubah, where it is said that chances are better for a sinner who keeps repenting (Taubah) every night, rather than a pious servants who feel superior (ujub / riya') of his good deeds thus never feel the need to ask for his sins to be forgiven. For he knows better, thus to him, and only him we rely on. Wallahua'lam. 


*as promised, here is the link for the full lecture. It's a one hour plus lecture, which is the reason why I find it difficult to write a brief tazkirah (my bad). But please find some time to watch this. I hope that everyone will benefit from it, InsyaAllah. 



TERJEMAHAN

Assalamualaikum warahmatullahi  wabarakatuh. Alhamdulillah, hari ini tiba kita di hari ketujuh dalam kembara rahmat Ramadhan yang penuh dengan seribu satu kelebihan.  Sebagai kesinambungan tradisi tazkirah harian Ramadhan kita, saya dengan rasa rendah diri ingin berkongsi sedikit ilmu dan peringatan berkaitan dengan Ramadhan Al-Mubarak.

Sebelum layar takirah dibuka, suka saya berkongsi di sini bahawa pengisian tazkirah hari ini dipetik dari Kuliah Ustaz kegemaran saya, Ustaz Nouman Ali Khan berkaitan Ramadhan. Saya akan sertakan bersama pautan kepada video tersebut di penghujung tazkirah ini.

Seawal tazkirah pertama bingkisan Tuan Presiden kesayangan(NYA) kita. Kita telah didedahkan dengan matlamat ulung berpuasa di bulan Ramadhan, iaitu untuk meraih Taqwa. Sebagaimana disebut di penghujung ayat 183, surah Al-Baqarah, “moga kamu beroleh taqwa”. Seringkali taqwa itu dikaitkan dengan pengertian Takut kepada Allah. UNAK berkongsi tentang pengertian taqwa dari aspek bahasa. Perkataan taqwa itu berasal dari kata ‘waqiya’ yang membawa maksud perlindungan. Justeru perkataan taqwa bolehlah didefinisikan sebagai keupayaan melindungi diri sendiri.  Persoalannya, bagaimana puasa itu dapat memberikan kita keupayaan tersebut. Puasa itu adalah kem latihan. Latihan mendidik dan mengajar hati kita agar kuat dan teguh dalam menolak sebarang godaan dan paksaan. Godaan tekak yang memaksa kita minum, godaan perut yang memujuk kita makan, godaan otak yang meminta dos nikotin harian. Dalam kita melawan pelbagai jenis godaan ini, kita melatih hati kita untuk menjadi kuat dan teguh. Kita berlatih untuk memenangi perang ke atas nafsu. Allah turut menjadikan medan latihan 30 hari ini sebagai sebuah medan yang terkawal tahap kesusahannya dengan membelenggu syaitan sepanjang bulan.  Agar kita berjaya mencapai taqwa di penghujung bulan; dengan hati ampuh dan mapan, yang berupaya menghindar sebarang godaan ke arah kemaksiatan.

Izinkan saya menulis sedikit lagi. Melebihi kebiasaan. Akan tetapi silalah dengarkan durus ayat 185 dari dalam video kerana saya tidak akan menyentuh durus ayat tersebut. Bukan kerana ia tidak penting, tetapi kerana saya rasakan lebih penting untuk sahabat-sahabat semua mendengarnya dari UNAK sendiri. Untuk makluman, ayat 185 merupakan satu-satunya ayat yang terkandung di dalamnya perkataan Ramadhan.

Di sini saya akan cuba menyusun semula pengajaran ayat 186 (Al-Baqarah) dalam atur kata saya sendiri. Melalui ayat ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa tidak ada seorang pun dari hambanya yang tidak layak diselamatkan. Tidak kiralah betapa jijik, zalim atau sejahat manapun kita, walau sejauh mana dan selama mana sekalipun kita telah menjauh dan memutuskan hubungan kita dengan yang Maha Pencipta, Allah menjanjikan bahawa apa yang diperlukan hanyalah satu panggilan atau doa dari kita kepadanya, maka Allah itu dekat. Sejurus sahaja kita membuat panggilan atau kita bertanyakan tentang Allah, maka dia berada dekat dengan kita, tanpa sebarang perantaraan. Perkataan yang digunakan adalah ‘iza’ – when – bila, dan bukannya ‘in’ – if – jika, dan Allah menurunkan ayat ini di tengah-tengah ayat berkaitan puasa dan Ramadhan; bulan terbaik untuk kita mula mendekatkan diri kepadaNya, untuk bertaubat dan memohon keampunanNya. Justeru itu, marilah kita merebut peluang keemasan ini untuk lebih mendekatkan lagi diri kita kepada Allah.

Sebelum tirai tazkirah dilabuhkan, izinkan saya berkongsi secebis nasihat. Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan qiyamullail di bulan Ramadhan untuk berulangkali bertaubat dan memohon keampunanNya terutamanya melalui Solat taubat. Untuk sahabat-sahabat yang seperti saya, saban hari bergelut dengan nafsu dalam diri, cuba mengelakkan diri dari dosa dan kemaksiatan, marilah kita bernaung di bawah rahmat keampunan serta belas kasihNya. Buat sahanat-sahabat bertuah yang jarang sekali tersasar dari jalan yang lurus, tetaplah juga bertaubat dan memohon keampunan bagi menampung kekurangan serta kelemahan yang mungkin tidak disedari. Saya ada terbaca tentang hikmah taubat, di mana diceritakan bahawa nasib seorang pendosa yang bertaubat itu adalah lebih baik dari seorang yang kuat beribadah dan berkebajikan yang merasakan dirinya lebih baik dari orang lain sehingga timbul ujub dan riya’ hingga terlupa atau merasakan tidak perlu untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui, lantaran itu, kepadaNyalah kita harus menyandarkan harapan. Wallahua’lam.

“Sesungguhnya TAUBAT untuk menghapus dosa boleh dengan sekali taubat, tetapi TAUBAT untuk KETAATAN memerlukan kepada seribu kali taubat”

Bersama ini disertakan pautan yang dijanjikan. Kuliah ini berdurasi lebih dari satu jam yang juga menjadi sebab mengapa tazkirah saya kali ini agak panjang (kekhilafan saya). Tontonlah, moga kita semua beroleh manfaat.

Mohd Faisal Abdullah (Sir Sedol)

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda telah

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat

Tazkirah v26.0 _ Menjaga Persahabatan

Assalamualaikum w.b.t Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah yg maha pemurah, lagi maha penyayang Alhamdulillah, sedar x sedar, dh masuk Ramadhan ke-26. Tibalah giliran saya untuk berkongsi sesuatu yg harap2nya dapat la kita peroleh manfaat darinya. "Sebaik2 sahabat di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap temannya dan sebaik2 jiran di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap jirannya". H.R al-Hakim Sahabat2 yg dikasihi, Mcm yg kita sedia maklum, Allah ciptakan manusia di bumi ini dari berbagai bangsa, warna kulit, bahasa, perangai dan sifat. Seperti firman Allah dalam surah al-Hujrat, ayat 13 yg bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak puak, supaya kami berkenal kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah org yg lebih bertakwa. Sesungguhnya Allahaha mengetahui, lagi maha men