Skip to main content

Tazkirah v8.0 - Perancangan Manusia itu Usaha, Perancangan Allah itu Takdir

Assalammualaikum,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Perancangan Manusia itu Usaha, Perancangan Allah itu Takdir
"Bila takdir berbicara, lidah kelu tidak terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah. Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun -NYA. Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA disetiap langkah"
Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan apa yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya.
"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)
Kadangkala, Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.
Didalam setiap perancangan itu,sertakanlah dengan doa pada Allah. Redha lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!
" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)
Mudah- mudahan tazkirah ini memberi manfaat kepada rakan-rakan semua.
Selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan jadikan puasa kita suatu yang sia-sia. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang telah lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Tazkirah Ramadhan 2019 v.20 - Senyum Itu Indah

Tazkirah Ringkas 20 Ramadhan 'SENYUM ITU INDAH' Senyum, senyum dan senyum selalu... Senyum yang ikhlas ini mampu membahagiakan insan yang menerima senyuman kita itu. Senyum itu mudah jika hati dan perasaan sedang gembira namun ianya sukar jika kita belum mengerti tentang keperluan senyum ini. Terutama bila kita marah dan sedih kita tak mampu lagi untuk tersenyum. 3 sebab untuk membolehkan kita sentiasa tersenyum walau macam mana pun keadaan hati kita. 1- Mencontohi Peribadi Rasulullah S.A.W Abdullah Bin Al Harith menyebut; “ Belum pernah aku melihat seseorang yang banyak tersenyum selain Rasulullah S.A.W’’ Riwayat Tirmizi. Nabi Muhammad sentiasa tersenyum dan dengan senyuman baginda ini ianya mampu menghilangkan kekerasan dalam diri orang lain, dengan senyuman baginda ini juga ianya mampu menyentuh hati orang lain untuk mencintai dirinya. Kalau Rasulullah boleh tersenyum kepada semua orang, kenapa kita susah untuk menghadiahkan senyuman yang diberikan oleh Allah ini ...