Skip to main content

Tazkirah v 4.0 - Redha: Penguat Di Tengah Himpitan Musibah

Assalamua'laikum sahabat yang saya kasihi sekalian. Berikut merupakan tajuk tazkirah yang ingin saya sampaikan pada hari ini.

Redha: penguat di tengah himpitan musibah

Kisah ‘Urwah, anak pasangan hebat sahabat Nabi al-Zubair Bin al-‘Awwam dan Asma’ Binti Abu Bakar As-Siddiq.
Suatu hari ‘Urwah diundang oleh Khalifah Walid Bin Abdul Malik untuk datang ke istananya di Sham. Dalam perjalanan sesuatu terjadi pada kakinya sehingga timbul sebuah bisul yang pecah dan menjadi luka. Tiba di Syam, Khalifah mendatangkan seorang tabib untuk memeriksa luka tersebut. Tabib itu menasihatkan supaya kaki tersebut dipotong kerana jangkitannya tidak dapat dihentikan dan bakal membahayakan seluruh badan jika tidak dipotong. ‘Urwah setuju.

Tabib menasihatinya untuk meminum ubat bius terlebih dahulu sebelum operasi dijalankan namun dia menolak. Pada hematnya, ‘Urwah ingin sentiasa sedar mengingati Allah meski pada keadaan yang sangat meyeksakan. Akhirnya tabib memotong kakinya dengan gergaji, sementara ‘Urwah dengan penuh kesabaran menyaksikan hal itu tanpa mengeluarkan suara kesakitan. 

Pada waktu yg sama, ‘Urwah menerima berita bahawa anaknya mengalami kemalangan dan telah meninggal dunia. ‘Urwah tidak memberi komen apa-apa apabila menerima berita tersebut. Dia berdoa: ‘Ya Allah, Engkau memberiku tujuh orang anak. Jika Engkau mengambil seorang, Engkau masih meninggalkan enam yang lainnya. Dan Engkau memberiku empat anggota(dua tangan dan dua kaki). Jika Engkau mengambil salah satunya, Engkau masih meninggalkan tiga yang lain”. 

MashaAllah, lihat akhlaknya dalam menghadapi ujian daripada Allah. 
Tidak ramai org yang mampu kekal positif, apatah lagi bersyukur di saat hentaman musibah yang bertubi-tubi. Hanya orang yang redha sahaja yang mampu melakukannya. Hati yg redha datang daripada sifat keyakinan terhadap Allah swt, yakin bahawa Allah yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Bijaksana dan Maha Penyayang. Dalam surah al Baqarah ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”

Ketahuilah, mencapai redha di tengah musibah adalah sesuatu yang amat sukar. Namun ia tidak mustahil jika kita bersangka baik dengan Allah swt. Imam Abdul Wahid Bin Zaid berkata, ‘Sikap redha adalah pintu menuju Allah yang terbesar dan syurga dunia".

Semoga kita semua dapat memupuk sikap redha dan tidak berputus asa dalam mencapai apa yang kita hajatkan dalam hidup kita, insyaAllah.

Sekian dahulu sedikit perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat insyaAllah.

Muhammad Khairul Anwar Bin Mansor (142/97).

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...