Skip to main content

Tazkirah V10 - Ramadhan, Tepung Pelita Dan Kuih Tako

Assalamualaikum dan salam 10 Ramadan..
Rakan2 yang saya kasihi sekalian.. I'ALLAH perkongsian pagi ini bersifat santai bg meraikan hari cuti Sabtu.. Dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pentazkirah yang sebelum dan selepas dalam usaha memberikan ilmu kepada kita semua..
Tajuk tazkirah pada pagi ini adalah Tepung Pelita.. Kita andaikan kuih tepung pelita dengan bulan Ramadan.. kita tahu bahawa Ramadan menjelma, maka kuih tepung pelita pun menjelma.. maka kita boleh anggap diri kita seperti tepung pelita dimana kita hanya muncul semasa ramadan sahaja.. kita pergi ke masjid hanya pada bulan ramadan.. kita berzikir dan membaca Al Quran apabila tiba bulan ramadan sahaja.. tidakkah itu satu kerugian kepada diri kita.. oleh itu, ibadah ini perlu diteruskan pada bulan bulan yang lain selain bulan ramadan..
Rakan2 yang dikasihi..
Kita juga ketahui bahawa terdapat sejenis kuih yg seakan akan seperti tepung pelita namun ianya bukan tepung pelita.. kuih ini digelar sebagai kuih tako.. kita boleh perumpamakan tepung pelita itu adalah orang yg melaksanakan ibadah puasa dgn sempurna walhal kita ini sebagai kuih tako menganggap ibadah kita sempurna sepertimana tepung pelita walau pada hakikatnya tidak. Oleh itu, sedaya upaya kita lah mencari ilmu dan belajar dgn para ulama dlm mencari ibadah yang sempurna.
Rakan rakan sepemakanan sekalian..
Kita tahu sifat kuih tepung pelita yg mudah lerai dan lembut.. maka apabila kita membelinya, perlu kita jaga dan memastikan ianya selamat apabila sampai di rumah utk dijamah.. begitu juga dgn diri kita apabila tiba bulan ramadan yg memberikan begitu banyak kebaikan dan pahala pada diri kita.. oleh itu, perlulah kita menjaga diri kita daripada melakukan dosa kerana ianya akan merugikan kita dan ibadah kita di bulan ramadan ini..
Kuih tepung pelita sepertimana kita rasa, ianya semakin ke bawah kita makan semakin manis rasanya.. begitulah jua dengan bulan ramadan kita.. semakin kita menjangkau pertengahan dan akhir ramadan, sepatutnya semakin manis utk kita beribadah dan bersungguh sungguh mencari keredhaan ilahi.. oleh yang demikian, perlulah kita sentiasa memastikan graf ibadah kita meningkat mengikut peredaran bulan ramadan dan bukanlah semakin hambar dan akhirnya lengang dan suram masjid masjid apabila tiba akhir ramadan..
Oleh itu, marilah kita sama sama mempergiatkan ibadah menjelang dua pertiga ramadan ini..
Wassalam..
#DakwahMelaluiMakanan
#BiarKenyangAsalJanganBuatDosa
#KipidapDonGibap

-Syeikh Shahril Shah (3S)-

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...