Skip to main content

Tazkirah v9.0 - Kemanisan Iman

Assalamualaikum
Segala pujian hanya layak untuk Allah,pencipta dan penguasa sekalian alam.kepadaNya lah sahaja diri ini berserah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad Rasulullah yang kita cintai

KEMANISAN IMAN
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman

1) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul)
2) Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah
3) Benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
Iman adalah meyakini didalam hati,melafazkan dgn lisan,dan menzahirkan dgn perbuatan.ada segolongan dari manusia yg keyakinannya teguh,tanpa secuit ragu-ragu terhadap apa yg dibawakan oleh Rasulullah.namun masih lalai dalam maksiat.tidak mampu menghindar diri dari perkara-perkara haram,atau tidak mampu istiqamah dalam beramal soleh.

Inilah golongan yg kita sebutkan dgn belum merasai kemanisan IMAN. Seringkali,kita juga terjatuh kepada tingkatan iman seperti ini,jika kita tidak menjaga qualiti iman kita. Ingat,iman itu sifatnya boleh bertambah dan berkurang.Sekali kita miliki,bukanlah bermaksud Ia tidak menjadi milik mutlak kita selama-lamanya.

Berbalik kepada hadis diatas, Rasulullah dgn hikmahnya menjelaskan kepada kita syarat-syarat yang perlu ada pada seseorang untuk dapat merasakan kemanisan iman tersebut.
1) Mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya termasuk dirinya sendiri.
Bagaimana sikap orang dlm tingkatan iman ini?
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
2) Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah.
Bilamana kita melihat seseorang yang tidak kita kenali,sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai redha dan rahmat Allah,hati kita bangkit untuk menyayanginya dan ingin membantunya.paling tidak dengan menghadiahkan sepotong doa ikhlas agar amalnya diterima Yang Maha Kuasa.Dan bilamana kita melihat saudara kita tergelincir dari landasan yang benar, kita tidak membenci malah mendoakan agar dia diberi hidayah agar dapat kembali.Itulah maksud sebenar sayang sesama muslim.

3) Benci utk kembali kepada kefasikan dan kemungkaran
Firman Allah S.W.T dlm surah alhujrat ayat 7;
...akan tetapi Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus;
Saya berdoa untuk diri sendiri dan rakan2 semua,agar diberikan kekuatan utk memenuhi syarat2 diatas,agar kita sama2 dapat merasai "hallawatul iman" ini.

Kuncinya adalah ISTIQAMAH dan IKHLAS berusaha
Bukan senang nak jaga qualiti Iman. Seperti sukarnya nak jaga solat, apa lg nak jaga khusyuk dlm solat.Wallahi kalau aku,dlm solat yg sama pon boleh berbeza tingkat kekhusyukan.rakaat pertama boleh sujud bermunajat sehingga berderai air mata.rakaat kedua dah tak khusyuk pula krn teringatkan tugasan duniawi yg blom selesai. Allahuakbar. Begitu juga rapuhnya iman yg diangkat sehingga mudah sgt nak jatuh balik.tp kita terus usaha shbt2.kita terus menerus usaha. bersungguh2.memohon dan terus memohon.

Firman Allah dlm surah Yunus (10) : 9
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Rabb mereka karena keimanannya.
Yang baik itu dari Allah.
Tang hat lemah tu mai letaq ataih kelemahan cek.
Semoga beroleh manfaat.
Wallahualam

-Mohd Khairul Ikhwan-

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda t...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...