Skip to main content

Tazkirah v.5.0 - Pelayaran Mencari Taqwa


Segala puji bagi Maha Pencipta kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas sehingga saat ini untuk berzikir mengingatiNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sering kita rindui. Semoga syafaat Baginda bersama kita kelak.

Sahabat2 syurgaku,

Dalam kita mencari Taqwa dari hari ke hari, ketahuilah bahawa syaitan tidak pernah berputus asa untuk menggagalkan pelayaran kita dalam mencapai erti sebenar taqwa.

Bukan ingin menyalahkan syaitan dalam setiap perbuatan dosa kita, tetapi untuk sentiasa beringat bahawa syaitan dari kalangan jin dan manusia seringkali mendampingi kita untuk menyesatkan kita dengan cara apa sekalipun seperti janjinya kepada Allah untuk menyesatkan setiap anak adam di muka bumi ini.

Percayalah bahawa syaitan telah lama putus asa untuk menyuruh setiap insan yang solat untuk menyembahnya. Itu taktikal yang digunakan untuk mereka yang tidak solat dan tidak beriman. Syaitan akan terus membiarkan mereka dalam kesesatan.

Tetapi bagaimana pula dengan golongan meraka yang solat? Bagaimana pula dengan golongan yang seringkali pergi ke masjid? Sudah pasti taktikalnya berbeza seperti taktikal kapitan mok dan keri. Ya, niatnya untuk menjaringkan gol, tetapi set up dan movementnya berbeza sama sekali, tetapi playernya masih sama.

Wahai sahabat2 golongan kanan,

Mari kita sama2 periksa diri dan surrounding kita. Adakah syaitan berjaya menipu kita untuk terus sesat dalam keadaan kita tidak sedar?

Kita solat jemaah di masjid, adalah hati kita sentiasa niatnya tulus kerana Allah? Atau ade terdetik untuk merasa bangga?

Kita sering pergi ke majlis2 ilmu, adakah niatnya tulus kerana Allah? Ataupun untuk diri merasa lebih baik dari orang lain?

Ilmu agama yang byk di dada, adakah niatnya kerana Allah ataupun untuk pujian2 manusia.

Kita sering bersedekah, adakah terdetik di hati kita bahawa Allah memuliakan kita dengan harta?

Kita seringkali memberi nasihat dia media sosial, adakah niatnya ikhlas ingin membimbing manusia ke arah kebenaran? Atau untuk memperlihatkan betapa islamiknya kita?

Pelbagai situasi yang boleh menjadikan kita mengikut petunjuk syaitan walaupun pada mata kasarnya baik. Oleh itu, saya menyeru pada diri saya sendiri dan sahabat2 yang saya sayangi, mari kita sama2 cuba sedaya upaya untuk gagalkan misi syaitan ini supaya kita berjaya dalam pelayaran mencari Taqwa dan berhasil berada di syurga kelak.

Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada kelemahan hambanya yang banyak dosa ini.

Sekiranya terdapat kesalahan dan khilaf di dalam tazkirah ini, sila tegur saya. Tazkirah ini lahir dari hati saya sendiri yang sering melakukan kesilapan.

Semoga kita semua beroleh rahmatNya.

Wallahua'lam.

Utusan,

Hamba Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...