Skip to main content

Tazkirah v3.0 - Mencapai Darjat Puasa Orang Solihin Dan Muttaqin

Alhamdulillah... Kita masih diberikan kesempatan untuk bersama Ramadhan 1436h pada tahun ini... Ini masa terbaik untuk kita bermuhasah dan tingkatkan amalan kita untuk meninggikan taqwa kita kepada Allah swt.

Semoga puasa kita bukan sahaja hanya 'puasa' semata-mata, bahkan kita mendapat kualiti yang sebenar sebagai seorang mukmin.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian...

Dalam kitab Sair as-salikin, pengarang ada menyebut bahawasanya untuk mencapai darjat puasa orang solihin dan muttaqin, ianya bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, malahan menegahkan diri dari berbuat maksiat dan perbuatan yang sia-sia. Maka hasil kesempurnaan puasa mereka seperti berikut:

1) menahan mata dari melihat sesuatu yang melalaikannya daripada zikrullah. 

Sabda Nabi SAW: "melihat dengan syahwat itu ibarat satu anak panah yang dibubuh racun daripada beberapa panah iblis. Barangsiapa meninggalkan perkara itu kerana takut akan Allah, nescaya diberikan Allah iman kepadanya dan juga menikmati kemanisan iman itu dalam hatinya".
Rasulullah juga bersabda, "5 perkara yang membatalkan pahala puasa: berdusta, mengumpat, mengadu domba, bersumpah dengan dusta dan melihat sesuatu dengan syahwatnya".

2) memelihara lidah daripada perkataan yang sia-sia, berdusta, maki orang, berkelahi, dan sebagainya.

Maka, hendaklah orang yang berpuasa itu melakukan perkara berikut:
a) melazimkan diam
b) sibukkan diri dengan zikrullah
c) banyakkan membaca al-quran.

Sabda Rasulullah, "puasa itu perisai. Maka apabila kamu berpuasa, janganlah kerjakan sesuatu yang sia-sia dan elakkan perbuatan orang yang jahil. Sekiranya ada yang datang untuk membunuh atau memaki akan kamu, maka hendaklah berkata bahawasanya aku berpuasa. Maka jangan dilawan orang itu".

Semoga kita bersama-sama tingkatkan kualiti puasa kita dan terus beristiqomah demi mencapai taqwa Allah...

InsyaAllah...

-Shiman-

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...