Skip to main content

Tazkirah v6.0 - Hanya Kerana Rahmat Allah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!

Sahabat sekalian, 

Betapa beruntungnya kita ditemukan semula dengan ramadhan buat kesekian kalinya pada tahun ini. Alhamdulillah.  

Sudah semestinya menjelang ramadhan yang mulia ini, kita sebagai orang yang beriman akan/telah berkejar kejar mengejar kebaikan, dek kerna ganjaran yang lumayan dijanjikan Allah. Budaya beribadat dilihat membuak buak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang bersolat malam, bertadarus AlQuran, bersedekah, menjamu iftar, bertarawih dan berbagai bagai lagi amalan ibadah umum dan khusus sepanjang bulan mubarak ini.

Sebagai satu tool untuk check and balance, izinkan anaNya berkongsi sepotong hadith yang berbunyi:
Rasulullah saw bersabda: Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar. (Shahih Muslim No.5036)

Hadith ini menerangkan bahawa hanya dengan RAHMAT Allah sahaja yang membolehkan hambaNya masuk ke syurga, ini kerana amalan kita masih belum tentu diterima Allah seandainya dilakukan dengan tidak ikhlas ataupun terselit riyak, ujub dan taqabbur.
Dalam perkara yang berkaitan,

Allah berfirman yang maksudnya: ”Katakanlah (Wahai Muhammad) Apakah akan kami terangkan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi amalannya? Iaitu orang-orang yang telah menyia-nyiakan amalannya dalam kehidupan ini sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” Surah al-Kahfi: Ayat 103-104.

Nah sahabat2, dalam kita berkejar kejar beribadah di dalam bulan Ramadan mahupun di bulan2 lain,  janganlah kita merasa diri kita baik sangat dan menyangka amalan2 ini mencukupi untuk masuk ke dalam syurga Allah. Marilah kita sama2 membetulkan niat kita semata mahu mendapat rahmat Allah, serta mengelakkan diri dari dijangkiti penyakit orang yang beramal iaitu penyakit riyak, ujub dan taqabbur. Wallahuak’lam.

Ini soal aqidah 
Ini soal niat 
Ini soal hati
#kipidap
#dongibab

-Syamsul Istar-

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...