Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Tazkirah Kombo v.29.2 - Panduan di Aidilfitri (Bahagian 2)

بسم الله الرحمن الرحيم..  السلام عليكم.. Sepertimana yg kite tau, bulan ramadhan sudah hampir tibe ke penghujungnye. Dgn izin Allah, berjaya kite menunaikan rukun islam yg wajib, walaupon kite diduga dgn pelbagai ujian yg kadang kala kite sendiri x boleh terima.. Tp ingatlah, sesungguhnye ade hikmah disebalik ape yg Allah rancang.. Bagi kite yg sedar serta menghayati tawaran bonus yg diberi oleh Allah & Rasul dibulan Ramadhan, kite sudah pasti akan merase sedih dgn pemergian bulan Ramadhan ini.. Adakah kite akan bertemu pd Ramadhan yg akan dtg? Sebaliknye, org yg tidak endah tentang kelebihan bulan Ramadhan, pasti akn gembira & berpesta dgn hadirnya Syawal.. Lebih malang lg, dgn care meraikannye bertentangan objektif Ramadhan.. Ok aku teruskan..Pertamanya, aku nk mintak maaf kalau ade intipati tazkirah ni yg salah atau tersilap sebab aku x brp pandai memberi tazkirah sebenarnye.. Hehe.. Tp aku cube bg melaksanakan rs tanggungjawab berdakwah walaupon sedikit.. In sh

Tazkirah Kombo v.29.1 - Salam Perpisahan, Ramadhan (Bahagian 1)

Satu hal yang mesti direnungkan di akhir Ramadhan ini mengenai amalan yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan. Benarkan amalan tersebut diterima di sisi Allah? Perlu diketahui bahwa kebiasaan para ulama salaf, mereka serius dalam beramal, namun setelah beramal, mereka khawatir amalan mereka tidak diterima. Di akhir bahasan terdapat kata-kata indah dari Ibnu Rajab mengenai perpisahan dengan bulan Ramadhan. Renungan di Akhir Ramadhan Ibnu Rajab berkata, “Para ulama salafush sholih biasa bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan amal dan bersungguh-sungguh ketika mengerjakannya. Setelah itu, mereka sangat berharap amalan tersebut diterima dan khawatir bila tertolak. Merekalah yang disebutkan dalam ayat, “Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang penuh khawatir, (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka” (QS. Al Mu’minun: 60).”[1] ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Mereka para salaf begi

Tazkirah v.28.0 - Speech of The Honorable Mufti

Assalamualaikum wbt. In the name of Allah,the Most Gracious,The Most Merciful,The Ever Merciful.. All praises be to Allah for giving us the opportunity to altogether remind to one another to become better Muslim. We are almost in the end of the Holy month and I believe this Ramadhan Kareem has showered us His blessings in which we may only feel it when we experience it because of taqwa or faith that we give it only to our Lord....my brothers..giving tazkirah is not merely can be done by using one or two methods..it can be done in any styles,anywhere when appropriate..the main objective of tazkirah to remind ourselves esp. to those who is delivering it...in this modern era,we have variety of mediums to say something good, to ask for daawah and to ask people to understand the roles as a caliph in this world. Therefore, for this time tazkeerah, I would like to show a clip of video..lets the video tells us the message which we must understand..you are free to give opinions and view based

Tazkirah v27.0 - "ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU..."

TAUSIYAH 27 RAMADHAN 1436H 1- alhmdulillah.. Puji n puja pada Allah atas kurniaan nikmat yg maha banyak termasuklah Peluang hidup SEHINGGA hari ni..27 RAMADHAN... 2- selawat n salam kepada junjungan mulia..Rasulullah wa nabiullah Muhammad ibn ABDiLLAH...atas pengorbanan n perjuangan yang hebat untuk menyampaikan risalah ISLAM yang memberikan RAHMATAN LIL A'LAMIIN.. 3- Teringat 1 pesanan saidina Abu bakar.. "BARANGSIAPA YANG MASUK KE DALAM KUBUR TANPA BEKALAN SEUMPAMA MENYEBERANGI LAUTAN TANPA BAHTERA " 4- ADAKAH BEKALAN YANG KITA NAK BAWA SELEPAS MATI NANTI SUDAH MENCUKUPI? 5- Renungilah firman Allah As-sajadah:12 yang memberikan AMARAN kepada kita untuk sediakan BEKALAN yang MENCUKUPI agar tidak menjadi ORANG YANG RUGI & MENYESAL pada hari akhirat nanti.. 6 - TADABBURlah ayat Allah..Ali Imran: 133.. 2 pesanan Allah untuk kita BERSEGERA di dunia ini untuk BEKALAN kita.. a) Mencari KEAMPUNAN b) Mencari SYURGA Allah dengan melakukan Amal k

Tazkirah v26.0 _ Menjaga Persahabatan

Assalamualaikum w.b.t Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah yg maha pemurah, lagi maha penyayang Alhamdulillah, sedar x sedar, dh masuk Ramadhan ke-26. Tibalah giliran saya untuk berkongsi sesuatu yg harap2nya dapat la kita peroleh manfaat darinya. "Sebaik2 sahabat di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap temannya dan sebaik2 jiran di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap jirannya". H.R al-Hakim Sahabat2 yg dikasihi, Mcm yg kita sedia maklum, Allah ciptakan manusia di bumi ini dari berbagai bangsa, warna kulit, bahasa, perangai dan sifat. Seperti firman Allah dalam surah al-Hujrat, ayat 13 yg bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak puak, supaya kami berkenal kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah org yg lebih bertakwa. Sesungguhnya Allahaha mengetahui, lagi maha men

Tazkirah v25.0 - Perihal Khairunnas - Sebaik-baik Manusia.

Salam Ramadhan Karim yang ke 25,fasa terakhir.Mohon Maaf tuan/tuan sekalian atas kelewatan amanah yang diberikan atas secebis Tazkirah untuk diri saya sendiri dan perkongsian untuk ahli jemaah Izzuddinians 97-01. Dengan adanya RAHMAT dari Allah,KEAMPUNAN ke atas makhluknya,ganjaran BEBAS DARI API NERAKA harapan dan doa setiap mukmin). KEINGINAN SETIAP HATI -Gembira/Senang -Kaya/Selesa/Ceria -Pujian/Sokongan KETAKUTAN SETIAP HATI -Sedih/Sakit -Susah/Tekanan -Miskin/Sempit -Rimas/Serabut -Kritikan/Cemuhan/Hinaan PENYAKIT SETIAP HATI -Riya' / 'Ujub / Sum'ah /Takabbur / Ghurur KEKUATAN SETIAP HATI -Iman / Ihsan / Ikhlas / Sabar / Tawakkal / Taqwa ANCAMAN SETIAP HATI - Nafsu - Hasutan Syaitan USAHA KEKUATAN HATI -Zikrullah -Sedekah -Kebaikan dan manfaat kepada orang lain PENJAGAAN HATI -Penglihatan -Pendengaran -Percakapan Secara ringkas,kita semua inginkan martabat KHAIRUNNAS yang disebut dalam mafhum hadis Rasullullah sallallahualaihiwasallam

Tazkirah v24.0 - Usah Menilai Seseorang Dari Masa Lalunya

Assalamualaikum n salam ramadhan ke24....Tazkirah yg indah utk santapan sahabat2 yg ana kasihi dan cintai.... Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab.. ��������������  Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid. ������������ Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga. �������������� Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga ������������  Subhanallah....  ������������  Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan h

Tazkirah v23.0 - Merasa Diri Lebih Baik Dari Orang Lain

Assalamualaikum sahabat2 seperjuangan..sedikit perkongsian utk disampaikan.. Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Kemudian Hasan berbisik dalam hati, "Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!". Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi terus terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan. Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang". Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya, "Tuan, sebe

Iftar 2015 - Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh

Tarikh: 9.7.2015 Tempat : Hotel Casuarina@Meru, Ipoh Tema : Baju Melayu, Seluar Melayu, Sampin dan Songkok Kehadiran tetamu 1.Geng Bujang 2.Geng Kawin Sessi Group Photo Pelbagai gambar lain

Tazkirah v22.0 - Ilmu Yang Diamalkan dan Mengasihi Saudara

Bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum wbt dan salam 22 ramadhan. semoga Allah menemukan kita dgn malam lailatulqadr. sebelum sy memulakan tazkirah ini suka sy igt kn ay bukan seorang yg alim dlm bidang agama dan dgn harapan sahabat2 yg lebih alim dpt menegur sekiranya terdapat mana2 kesilapan. mafhum hadis #1: org yg paling berilmu adlh org yg belajar dan kmdn mengamalkan apa yg dibelajarnya. (amal membawa mksd amal dan disampaikan kpd org lain) hadis #2: tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sendiri seperti mn dia mengasihi dirinya sendiri. inilah dua perkara yg sy fikirkan knp perlunya kita hidupkan tazkirah. tazkirah bukan sekadar kpd telinga si pendengar, tetapi kpd telinga si pentazkirah itu sendiri. sy mengharapkan program tazkirah ini dpt kta panjangkan kpd bulan2 akan dtg, mungkin kta pilih hari2 yg tertentu sbg istiqamah kita di luar ramadhan. lari topic sat (petikan dr ceramah Ust. Don kt opis): antara doa yg diamalkan oleh Nabi

Tazkirah v21.0 - Darjat Puasa

Salam ramadhan.. Selain soal feqah, hukum, syarat, sunat n batal, kita juga perlu lihat dr sudut akhlaknya..sebab belum tentu lagi jika puasa kita itu sah dari sudut hukumnya, mudah2an ia diterima oleh Allah s.w.t.. Takut2 kita dok sangka kita puasa dah penuh, tak pernah skip puasa.. tarawih 20 rakaat tak pernah kurang.. sahur tak pernah miss dsb, maka puasa kita dah pasti diterima.. Sbb penerimaan ini adalah milik Allah s.w.t. semata2.. Allah juga yg akan berikan ganjaran atas amalan yg kita lakukan ni.. عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه Sabda Nabi s.a.w. : “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (HR. al-Bukhari) Jadi, marilah sama2 kita melihat kepada 3 kategori orang berpuasa seperti yang telah dinyatakan oleh al-Im

Tazkirah v20.0 - Sintesis 20 Hari

Sintesis hati dua puluh hari, perkongsian bermakna menjentik hati, dari sahabat sahabat tercinta, di kejauhan tapi dekat di jiwa, pelbagai gaya bahasa, bermacam ragam kosa kata, mencerna prosa dan frasa, berbagai bagai ungkapan tercipta,Bahasa penjajah,bahasa ibunda,semuanya digarap indah,sarat dengan risalah... ada diceduk terus, ada diadaptasi, ada lahir dari hati nurani, ada jua yang berijazah terbaik dari  jalanan,semuanya punyai satu matlamat..untuk saling ingat memperingati..itu pasti. Tatkala ditelaah garapan utusan utusan, seberat berat persoalan taqwa hingga ke kuih pelita pun dianalogi, agar semua kita sedar akan diri yang penuh noda dan dosa, yg jauh dari rahmatNya...wahai sahabatku, jadikan madrasah ramadhan ..suatu pentarbiahan hati..satu perjuangan memerangi nafsu, mungkin penderaan tapi yakinlah ia indah usai berlalunya tautan Al mubarak, percayalah ia antara senjata ampuh 'tuk hadapi bulan bulan mendatang yg mungkin tidak sehebat barakahnya laksana Ramadhan Kareem

Tazkirah v19.0 - Menjelang 10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh...salam 19 Ramadhan buat semua sahabatku.... Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya...kita bakal memasuki fasa terakhir Ramadhan iaitu 10 malam terakhir....bersediakah kita untuk melipatgandakan usaha dan amalan kita untuk merebut malam anugerah yang dikhususkan untuk kita selaku umat nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam....semua pertanyaan bukanlah untuk kalian  akan tetapi untuk diri yang hina lagi lemah ini... Tidak layak diri ini memberi tazkirah kepada tuan2 sekalian yang jauh lebih hebat dari saya... Namun mengambil roh daripada hadis berkaitan hak Muslim ke atas Muslim yang lain iaitu memberikan nasihat apabila diminta nasihat maka saya kuatkan diri untuk menaip... Tidaklah tazkirah ini daripada diri yang serba kekurangan ini tetapi tidak lain daripada sebaik-baik pemberi tazkirah dan peringatan iaitu jujungan besar kekasih kita semua Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam berkaitan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukh

Tazkirah v18.0 - "Ramadhan karim; kita prihatin"

Assalamualaikum wbt. Moga kita masih & sentiasa kekal berada pd landasan redha Allah azza wa jalla... Sahabat seperjuangan yg dirahmati Allah, Berpuasa melatih kita menanggung derita. Ia melatih sifat mgambil berat trhadap mereka yg tak bernasib baik. Lalu Allah wajibkan zakat fitrah, tuntutan memberi makan org yg brbuka puasa dan tingkatkan amalan sedekah. Kerana itu, madrasah ramadhan akan menjadikan kita lebih prihatin trhadap masalah umat apabila Ramadhan berakhir. ‪#‎ Prihatin‬  tanda org beriman! "Barangsiapa yg tidak mengambil berat urusan umat Islam maka ia tidak termasuk golongan mereka" (riwayat Abu Daud) Urusan umat Islam termasuklah urusan aqidah, keselamatan & kebajikan, ilmu & teknologi dll. ‪#‎ Remaja‬  Harapan Agama Mengapa kemerosotan akhlak para pelajar semakin parah?kadar jenayah remaja makin bertambah? Guru seperti saya terutamanya, amat jelas melihat perkara ini makin membarah. Tanpa menunding jari menyalahkan sesiapa, a

Tazkirah v17.0 - Pencarian Ilmu

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah dan kurniaNya kita dpt menjalani ibadah puasa sehingga ke hari ini..hari ni merupakan hari ke 17 ramadan..begitu cepat masa berlalu..walaupun skrg bumi dh perlahan bergerak sedikit.. Seperti yg semua sahabat maklum,17 ramadan memberi erti yg sgt besar dlm peradaban sejarah manusia..kerana apa ya sahabat2?kerana pada 17 ramadhan l ah junjungan nabi besar kita mula menerima wahyu dan diangkat darjatnya menjadi utusan Allah di muka bumi ini..Wahyu yg pertama diturunkan ialah iqro'..bermaksud bacalah..pernah terfikir tak kenapa Allah menurunkan wahyu yg pertama sedemikian?kenapa disuruh membaca?kenapa tak terus suruh menyembahNya ke suruh taat kepadaNya ke.. Kerana ilmu sgt penting..tanpa ilmu manusia hilang pedoman..tanpa ilmu juga manusia bakal mendustakan zat2 Allah.. Saya menyeru kepada semua sahabat dan diri sy sendiri..Carilah ilmu.. Ilmu penyuluh hidup (ini sy ambil dr dindin

Tazkirah 2015 v16.0 - Perihal Banyak Ketawa

Alhamdulillah rakan-rakan perjuangan sekalian...Dengan izin ALLAH sudah lebih separuh jalan kita berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ini.Adakah objektif dan matlamat yang kita tetapkan dalam bulan ramadhan tahun ini sudah separuh jln juga tercapai???contohnya...kurangkan bercakap benda yang tidak penting tetapi banyakkan berzikir kepada ALLAH.Hari ini dengan rendah diri ingin saya kongsikan tentang perkara yg pernh sy kongsikan bersama anak murid sy br2 ini.Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekiranya kita adalah seorang yang suka bergurau senda dan sering ketawa berdekah-dekah, malulah kepada ALLAH SWT kerana semasa sedang ketawa, kita masih menanggung banyak dosa. Kenapa tidak kita gunakan masa hidup dan masa terluang yang digunakan untuk bergelak tawa itu sebagai waktu untuk bertaubat? Kesedaran untuk bertaubat akan hilang apabila kita terlalu leka bergurau senda dan bergelak ketawa seolah-oleh tiada sebarang kekesalan dalam diri terhadap dosa-dosa yang dilakukan. 10 Hukuman O