Skip to main content

Tazkirah v21.0 - Darjat Puasa

Salam ramadhan..

Selain soal feqah, hukum, syarat, sunat n batal, kita juga perlu lihat dr sudut akhlaknya..sebab belum tentu lagi jika puasa kita itu sah dari sudut hukumnya, mudah2an ia diterima oleh Allah s.w.t..
Takut2 kita dok sangka kita puasa dah penuh, tak pernah skip puasa.. tarawih 20 rakaat tak pernah kurang.. sahur tak pernah miss dsb, maka puasa kita dah pasti diterima.. Sbb penerimaan ini adalah milik Allah s.w.t. semata2.. Allah juga yg akan berikan ganjaran atas amalan yg kita lakukan ni..

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه

Sabda Nabi s.a.w. : “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (HR. al-Bukhari)
Jadi, marilah sama2 kita melihat kepada 3 kategori orang berpuasa seperti yang telah dinyatakan oleh al-Imam al-Ghazali rahimahullah :
1. Puasa Orang Awam..
Orang awam ni bukanlah bermaksud penjawat awam.. tapi bermaksud orang biasa, orang kebanyakan, orang marhaen dan yang semakna dengannya.
Puasa orang awam ni adalah puasa yg biasa semua orang lakukan.. iaitu menahan diri daripada makan dan minum serta perkara2 yg boleh membatalkan puasa.. setakat itu saja.. puasa sebegini, semua orang mampu untuk melakukannya..
2. Puasa Orang Khawas
Maksudnya seseorang yg berpuasa dan menjaga juga anggota2 zahir daripada melakukan perkara yang haram dan berdosa.. sekalipun perbuatan itu tidak mengakibatkan puasa terbatal.. iaitu menjaga mulut daripada bercakap perkara2 yang haram dan berdosa, menjaga mata daripada melihat perkara2 maksiat, menjaga telinga, tangan, kaki dsb daripada melakukan perbuatan2 yang dilarang. Peringkat ini lebih tinggi daripada puasa orang awam.
3. Puasa Orang Khassul / Khususul Khawas
Inilah peringkat tertinggi dalam berpuasa.. Bukan setakat menahan diri daripada melakukan perbuatan yg membatalkan puasa dan menahan anggota zahir daripada melakukan maksiat dan dosa.. lebih daripada itu, golongan ini menjaga anggota batin daripada memikirkan perkara2 dosa dan maksiat.. juga menjaga hati daripada sifat2 keji spt riak, takabbur dsb. Puasa peringkat ini adalah seperti puasa para Nabi dan para wali2.. kita sebagai orang awam ni agak kurang mampu nak sampai ke tahap ni secara menyeluruh.. sekalipun ianya bukanlah sesuatu yg mustahil..kita kn usahakan puasa yg terbaik..
Wallahualam..jazakallah..

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...