Skip to main content

Tazkirah 2015 v16.0 - Perihal Banyak Ketawa

Alhamdulillah rakan-rakan perjuangan sekalian...Dengan izin ALLAH sudah lebih separuh jalan kita berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ini.Adakah objektif dan matlamat yang kita tetapkan dalam bulan ramadhan tahun ini sudah separuh jln juga tercapai???contohnya...kurangkan bercakap benda yang tidak penting tetapi banyakkan berzikir kepada ALLAH.Hari ini dengan rendah diri ingin saya kongsikan tentang perkara yg pernh sy kongsikan bersama anak murid sy br2 ini.Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sekiranya kita adalah seorang yang suka bergurau senda dan sering ketawa berdekah-dekah, malulah kepada ALLAH SWT kerana semasa sedang ketawa, kita masih menanggung banyak dosa. Kenapa tidak kita gunakan masa hidup dan masa terluang yang digunakan untuk bergelak tawa itu sebagai waktu untuk bertaubat? Kesedaran untuk bertaubat akan hilang apabila kita terlalu leka bergurau senda dan bergelak ketawa seolah-oleh tiada sebarang kekesalan dalam diri terhadap dosa-dosa yang dilakukan.
10 Hukuman Orang Yang Ketawa Berlebih-lebihan :
1. Dimurkai Allah.
2. Dikutuk para malaikat.
3. Rasulullah SAW tidak memandangnya pada hari kiamat.
4. Disoal (dihisab) pada hari kiamat perilaku gelak ketawanya.
5. Terbuka aibnya pada hari kiamat.
6. Digemari syaitan akan dirinya.
7. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi.
8. Mati hatinya.
9. Hilang air mukanya (malu dan kemuliaan).
10. Lupa pada segala-galanya.


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!” [HR Abu Daud]
Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda. Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah SAW juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda. Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam.
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah SAW
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.
Gelak Ketawa Yang Dilarang Oleh Islam
Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah SAW tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya.
Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh. Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga.
Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-
(1) Kerana memikirkan akhirat
(2) Kesibukan mencari keperluan hidup
(3) Risau memikirkan dosa
(4) Apabila tibanya musibah dan bala.

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra, “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”
Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri dan kembali bertaubat kepada ALLAH SWT. Banyakkan menangis 
😭
 kerana ALLAH dari ketawa
😆
 yang sia-sia, itu adalah amalan yang lebih baik. Sekian...Semoga bermanfaat.

- Syaharawi Ishak -

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda telah

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat

Tazkirah v26.0 _ Menjaga Persahabatan

Assalamualaikum w.b.t Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah yg maha pemurah, lagi maha penyayang Alhamdulillah, sedar x sedar, dh masuk Ramadhan ke-26. Tibalah giliran saya untuk berkongsi sesuatu yg harap2nya dapat la kita peroleh manfaat darinya. "Sebaik2 sahabat di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap temannya dan sebaik2 jiran di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap jirannya". H.R al-Hakim Sahabat2 yg dikasihi, Mcm yg kita sedia maklum, Allah ciptakan manusia di bumi ini dari berbagai bangsa, warna kulit, bahasa, perangai dan sifat. Seperti firman Allah dalam surah al-Hujrat, ayat 13 yg bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak puak, supaya kami berkenal kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah org yg lebih bertakwa. Sesungguhnya Allahaha mengetahui, lagi maha men