Skip to main content

Tazkirah v19.0 - Menjelang 10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh...salam 19 Ramadhan buat semua sahabatku....

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya...kita bakal memasuki fasa terakhir Ramadhan iaitu 10 malam terakhir....bersediakah kita untuk melipatgandakan usaha dan amalan kita untuk merebut malam anugerah yang dikhususkan untuk kita selaku umat nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam....semua pertanyaan bukanlah untuk kalian akan tetapi untuk diri yang hina lagi lemah ini... Tidak layak diri ini memberi tazkirah kepada tuan2 sekalian yang jauh lebih hebat dari saya... Namun mengambil roh daripada hadis berkaitan hak Muslim ke atas Muslim yang lain iaitu memberikan nasihat apabila diminta nasihat maka saya kuatkan diri untuk menaip... Tidaklah tazkirah ini daripada diri yang serba kekurangan ini tetapi tidak lain daripada sebaik-baik pemberi tazkirah dan peringatan iaitu jujungan besar kekasih kita semua Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam berkaitan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
"bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam apabila masuk 10 malam terakhir bulan Ramadan, baginda menghidupkan malam dengan melakukan ibadah, baginda mengejutkan ahli keluarga baginda, lebih bersungguh sungguh mengerjakan ibadah dan menguatkan ikatan kainnya"
Pendapat yang sahih dalam mentafsirkan menguatkan ikatan kain ialah baginda mengasingkan diri daripada isteri-isteri baginda kerana sibuk beribadah...
Maka saya menyeru diri saya dan sahabatku sekalian agar paling tidak dapat mengamalkan salah satu daripada sunnah ini supaya kita dan ahli keluarga kita dapat mengecap nikmat malam seribu bulan sekaligus dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah subhanahu wa taala...
Wallahu taala a'lam.. Semoga Allah menerima segala amalan kita dan semoga kita semua dapat berhimpun bersama Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam...

- Abu Zain Alhasani - 

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...